Sepanjang “beruzlah” di Masjid Umawi (Masjid Damsyik) ini, Imam al-Ghazali menyamar sebagai cleaner (tukang cuci masjid) dan banyak beruzlah di menara2 masjid ini. Hanya orang2 yang amat tertentu sahaja yang tahu bahawa beliau ialah Imam al-Ghazali, termasuklah Imam as-Sulami iaitu salah seorang imam di masjid ini. Imam as-Sulami menjadi murid khusus kepada Imam al-Ghazali dan kemudiannya menjadi salah seorang syeikh dalam Tarekat Ghazaliyah. Imam as-Sulami ini ada akses khas untuk masuk ke tempat uzlah Imam al-Ghazali di menara kerana bilik itu sentiasa berkunci.
Antara hal yang menarik lagi mencuit hati, kadang2 sewaktu Imam al-Ghazali melakukan kerja2 pembersihan di Masjid Umawi, sambil2 itu beliau mendengar ulama2 lain mensyarahkan kitab2 karangannya sendiri. Memang mereka tidak kenal si tukang cuci itulah tuan kitabnya.
Sebenarnya Imam al-Ghazali sudah terbiasa dengan kerja2 intelijen Kerajaan Seljuk sejak zaman Sultan Malik Shah dan Perdana Menteri Nizamul Mulk. Sewaktu beliau beruzlah di Syria, ketika itu bau2 kehadiran tentera Kristian dari Eropah sudah sampai. Tidak lama kemudian berlakulah Perang Salib Pertama. Imam al-Ghazali seolah2 sudah dapat alamat lebih awal. Sebelum tentera salib tiba, Imam al-Ghazali sudah mewujudkan secret society terawal di sana. Imam as-Sulami ialah salah seorang rekrutnya (bahkan kemudiannya menjadi pemimpin tentera Islam menentang tentera salib). Sebab itulah dalam Kitab al-Jihad, Imam as-Sulami ada memetik nama dan pandangan Imam al-Ghazali.
Sebahagian orang hari ini memandang sinis terhadap Imam al-Ghazali terutamanya orang2 yang pandang remeh tasawuf dan kaum Slfi Whbi. Kononnya Imam al-Ghazali ini teruk sebab asyik beruzlah, tak ambil hirau pasal umat Islam, tak turun ke medan jihad dsb. Antara sebab jadi begitu, kerana mereka tidak kenal Imam al-Ghazali, tidak tahu siapa Imam al-Ghazali sebenarnya, dan mereka tidak ada maklumat tentang peranan Imam al-Ghazali. Majoriti orang Islam lain pun tidak tahu.
Mengapa ikhwah al-Ghazaliyah ada maklumat2 ini? Kerana banyak maklumat2 penting tidak turun melalui penulisan tetapi melalui sanad Tariqah Ghazaliyah dari mulut mursyid ke mursyid. Mereka ibarat keluarga atau anak cucu Imam al-Ghazali. Umumnya, sudah tentulah mereka yang “di dalam” ini lebih tahu banyak hal berbanding orang2 yang “di luar”.
Syeikh Abdus Somad al-Falimbani & Syeikh Muhammad bin Abdullah al-Ghazali, Kaitan Mereka Dengan Penzahiran Tariqah Ghazaliyah di Nusantara, 13.9.2025
No comments:
Post a Comment