KEUTAMAAN MENAHAN MARAH (live streaming 31/8/25)
Sufyan Ath-Thauri, Abu Khuzamah Al-Yarbu’i dan Fudhail bin ‘Iyadh berkumpul lalu bertukar-tukar fikiran tentang zuhud. Maka mereka bersepakat bahawa amal yang paling utama ialah berlembut ketika marah dan bersabar ketika susah.
Seorang lelaki menegur perbuatan Saiyidina Umar r.a lalu Umar marah kepadanya. Lelaki itu pun berkata kepada Umar : “Wahai amirul mukminin! Tidakkah engkau mendengar bahawa Allah Taala berfirman : “Hendaklah engkau pemaaf, dan menyuruh mengerjakan yang baik, dan tinggalkanlah orang-orang yang jahil itu.” (Al-A’raaf : 199) Maka aku ini termasuk orang-orang jahil.”
Lalu Umar menjawab : “Benar engkau. Seolah-olah ada api, lalu dipadamkan.”
Ertinya, Saiyidina Umar memadamkan kemarahannya.
Menahan kemarahan itu sifat yang terpuji, tetapi tidak cepat marah itu sifat yang lebih terpuji. Sifat tidak lekas marah itu disebut “hilmun”. Ringkasnya, orang yang tidak lekas marah itu tentunya tidak perlu bersusah-payah untuk menahan marah. Oleh itu, kita hendaklah berusaha untuk menerapkan sifat hilmun ini ke dalam diri kita.
Ingatlah! Marah yang dibenarkan hanyalah marah kerana Allah atau marah pada jalan Allah, iaitu marah pada jalan agama.
- Channel Tele : Ilmu2 Imam Al-Ghazali
No comments:
Post a Comment