ADAB-ADAB ORANG BEKERJA (live streaming malam semalam 1/9/25)
PERTAMA : Betul niatnya dalam pekerjaan itu. Dia berniat untuk memelihara diri daripada kena meminta2 kepada orang lain dan hendak mengelakkan daripada bergantung harap kepada orang lain. Dia tidak berniat untuk mengunakan jalan yang salah di sisi agama dalam pekerjaannya. Dia juga berniat untuk melaksanakan amar ma’ruf dan nahi munkar dalam persekitaran perniagaan atau pekerjaannnya itu.
KEDUA : Tujuannya itu adalah untuk menegakkan salah satu daripada fardhu kifayah. Sekiranya tidak ada perusahaan dan perniagaan, susahlah kehidupan dan binasalah sebahagian manusia. Semua ahli masyarakat sebenarnya sedang bertolong-tolongan mengikut bidang masing-masing untuk menyelesaikan keperluan umat. Ini antara petanda mencintai ummah.
KETIGA : Pengusaha, peniaga atau pekerja itu tidak meninggalkan amalan-amalan yang fardhu dan wajib.
KEEMPAT : Hendaklah selalu berzikrullah sepanjang bekerja itu. Berzikrullah dalam keadaan ramai orang sekeliling lupa akan zikrullah itu adalah lebih utama.
KELIMA : Jangan habiskan terlalu banyak masa dalam perniagaan dan pekerjaan sekiranya kita sudah mendapat keuntungan atau pulangan yang sepatutnya. Jangan tamak dengan keuntungan. Oran2g lain pun mahu juga.
KEENAM : Jangan lakukan hal-hal yang salah di sisi agama, bahkan hal-hal yang syubhat juga mestilah dielakkan.
KETUJUH : Hendaklah kita bersedia untuk bertanggungjawab kepada Allah pada hari akhirat nanti terhadap segala urusan perniagaan atau pekerjaan kita. Jika di sepanjang kerja itu kita berurusan dengan 10,000 orang, sedarlah bahawa setiap urusan itu akan diminta pertanggungjawabannya di akhirat nanti.
- Channel Tele : Ilmu2 Imam Al-Ghazali
No comments:
Post a Comment