Bicara
masalah dalam aliran keruhanian khususnya... dan dalam hal-hal lain
umumnya... RINGKAS KATA, budaya SYMP (saya yang menurut perintah) itu
tidak ada tempat dalam Tariq Ghazaliyah melainkan budaya SYMPYS.
Mengapa sedemikian? Kerana amalan SYMP ini merupakan pintu gerbang
yang sangat luas untuk berlakunya penyelewengan, salah guna kuasa,
penindasan, kezaliman, dan berlepas tangan daripada bertanggungjawab.
Sebab itulah banyak masalah yang tidak sepatutnya wujud tetap berlaku
dan terus berlaku dari semasa ke semasa.
Apa
pula amalan dan budaya SYMPYS?
Saya
yang menurut perintah yang selayaknya... di sisi agama Islam.
Saya
yang menurut perintah yang sepatutnya...menurut agama Islam.
Saya
yang menurut perintah yang sewajarnya...
Saya
yang menurut perintah yang sebetulnya...
Saya
yang menurut perintah yang sesuai...dengan landasan agama.
Apa
perbezaan antara dua jenis pegangan ini?
UMUMNYA
atasan tariq yang menganut ajaran dan fahaman SYMP sahaja itu akan
buat apa sahaja kata2 yang lebih atas daripada mereka tanpa mahu
berfikir baik buruk lagi, tanpa mahu mempertimbangkan pro kontra
lagi, dan tanpa mahu menilai keselarasannya dengan ajaran agama lagi.
Untuk memikir, mempertimbang dan menilai pun mereka tidak mahu,
apatah lagi untuk bertindak. Lagilah jauh panggang dari api.
Mereka
hanya jadi "ahli/anggota/pengamal" yang kaku, tiada
perasaan dan tiada keberanian. Seakan-akan boneka, robot, burung
kakak tua atau hamba bertaraf abdi yang tiada kemerdekaan. Mereka
menurut semua yang datang daripada mahaguru syeikh atau guru mereka
dalam hal2 yang salah tanpa ada usaha untuk berfikir, menilai,
mempertimbang dan bertindak.
Dari
sudut yang lain, mereka jenis yang mahu mengelak daripada
bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan. Dengan alasan dan bekalan
oksigen SYMP, maka disangkakan mereka akan terlepas lagi terselamat
di dunia, dan di akhirat nanti.
Tidak
dinafikan, sebagaimana yang kita sedia maklum, mereka lebih
mendahulukan untuk memelihara kedudukan mereka di sisi guru2 mereka
berbanding memelihara kedudukan mereka di sisi Allah. Walaupun mereka
tahu sesuatu kata2 atasan itu tidak benar, tetapi terpaksa
(sebenarnya sengaja) dipatuhi sepenuhnya juga. Bahkan ramai yang
tanpa rasa bersalah pun, atas alasan... SYMP.
Bagaimana
dengan keadaan para pengamal SYMPYS pula?
Mereka
memang bawahan dan atasan yang taat, tapi dalam hal2 yang selayaknya
sahaja.
Mereka
memang tegas melaksanakan arahan atasan, dalam hal2 yang sepatutnya
sahaja.
Mereka
memang berusaha keras melaksanakan hasrat para guru dan pimpinan,
tapi dalam hal2 yang sewajarnya sahaja.
Taat
dan patuh mereka bersesuaian dengan tempat, masa dan keadaan. Mereka
jenis yang begitu memelihara hubungan mereka dengan Allah lalu mereka
jadi orang yang berusaha untuk bijaksana dalam memikir, menilai,
mepertimbang dan seterusnya melaksanakan arahan2 atasan mereka. Jika
wakil-wakil syeikh keluarkan arahan agar semua ahli kena buang air
besar di tengah jalan raya, minum air bergas 20 botol setiap hari,
telan paracetemol 20 biji setiap hari walaupun tidak sakit, jangan
solat Jumaat di masjid, kena berzina agar sedar diri banyak dosa
(maka akan dekatlah hubungan dengan Allah kerana kita akan selalu
memohon keampunan setelah berziana tadi), dan sebagainyalah... mereka
akan berani mempertahankan kebenaran. Tidak mudah-mudah untuk mereka
memanjangkan arahan sebegitu kepada orang-orang bawahan mereka.
Mereka
takut akan Allah, lalu mereka berani mempertahankan prinsip kebenaran
sekalipun majoriti atasan dan bawahan mereka berpegang sebaliknya.
Mereka tahu yang mereka turut ada saham di dunia dan di akhirat untuk
bertanggungjawab atas segala akibat perintah yang sampai kepada orang
lain melalui mereka. Oleh itu, dalam hal-hal yang tidak sepatutnya
berlaku, mereka sangat berani bersuara, gigih mempersoal, teguh
pendirian, tidak takut untuk mempertikai, berani memberikan saranan2,
dan sebagainya. Sekiranya mereka sedar mereka tidak ada punya kualiti
sebegini, maka dengan rela hati mereka sedia melepaskan kedudukan
mereka sebagai pemimpin kecil untuk jadi ahli/pengamal biasa sahaja.
Biar yang layak sahaja memegang kedudukan yang berat amanahnya itu.
Jadi,
dalam tariq ini (tanpa kita menafikan pandangan pihak-pihak lain),
memang kita tekankan budaya SYMPYS, bukan budaya SYMP. Kita sudah
sering melihat sekian banyak kerosakan berlaku akibat budaya SYMP.
Oleh itu, kita sangat berhati-hati.
2/2/22