Gambaran awal tentang majlis penerangan & pengijazahan Tariqah Ghazaliyah bagi tahun 1447/2026 ada dalam soal jawab di bawah ini :
PERTANYAAN : Assalamualaikum. Saya Xxxx dari Sg Buloh ingin memohon untuk menjadi anak murid dalam memahami dan mempelajari Tariqah al-Ghazaliyah. Saya juga ada mendengar kuliah2 serta membaca tulisan2 ustaz di FB. Nombor telefon ini saya dapat daripada sahabat saya Xxxxxxx d Senawang. Beliau juga merupakan anak murid ustaz. Oleh itu, saya memohon untuk berbaiah, mengambil zikir tariqah ini secara langsung supaya saya dapat mengamalkan zikir ini dengan lebih barokah.
Jika diizinkan saya ingin berjumpa secara fizikal agar dapat penerangan dan pengijazahan secara langsung. Saya berharap dapat menerima saya sebagai anak murid yang baharu. Salam ukhuwah daripada saya.
Ikhlas,
Xxxx Xxxx Xxxxxx
Sg. Buloh
Selangor (26/1/26)
JAWABAN : Waalaikumussalam Tuan Xxxx dari Sg Buloh.
1. Insya-Allah boleh. Cuma ada beberapa hal yang saya akan jelaskan di bawah nanti.
2. Terima kasih kerana mendengar kuliah dan membaca penulisan saya.
3. Ya, Tuan Xxxxxxx sudah lama belajar dan mengamalkan Tarekat Ghazaliyah.
.
Hal2 yang dimaksudkan :
1. Sebenarnya, mulai tahun 1447 H (penghujung Jun 2025), saya tidak lagi mengijazahkan Tarekat Ghazaliyah (sebagaimana pesanan dan petunjuk daripada allahyarham mursyid saya 27 tahun yang lalu).
2. Saya juga umumnya tidak lagi membuka pertemuan melainkan atas sebab2 keperluan yang mendesak.
3. Sejak tahun 2012, saya ada membuka pertemuan (termasuklah ziarah, penerangan Tariqah Ghazaliyah, ijazah & bai’ah) sebanyak 40 kali setahun. Selepas 10 tahun, saya sepatutnya tidak lagi membuka pertemuan dan tidak lagi mengijazahkan Tarekat Ghazaliyah. Namun disebabkan kita pernah melalui PKP, maka saya lajakkan sedikit sehingga ke tahun 2024 (pada tahun 2023 dibuka 6 atau 7 kali, manakala pada tahun 2024 dibuka 2 kali). Mulai tahun 2025, sekali sahaja dibuka dan saya masih mengijazahkan (mungkin) buat kali terakhir.
.
Maka bagi orang2 yang berminat untuk mendengar penerangan tentang Tarekat Ghazaliyah, diijazahkan dan/atau berbaiah, bolehlah mengikut panduan di bawah.
1. Jika mahu mengambil Tarekat Ghazaliyah daripada orang lama (berusia 40-an), bolehlah melalui wakil saya iaitu Tuan Abu Ihsan al-Ghazali di Jerantut, Pahang. Insya-Allah boleh pada bila2 masa tetapi mengikut kelapangan beliau. Tidak ada had dalam setahun. Penerangan dan pengijazahan akan dilaksanakan oleh beliau, dan bagi yang mahu, boleh berbai’ah kepada saya melalui beliau.
2. Jika yang jauh sedikit, boleh mengambil Tarekat Ghazaliyah melalui Ustadz Hasbullah al-Ghazali, wakil saya di Sumatera, Indonesia.
3. Yang jauh lagi, melalui Tuan Abu Azri al-Ghazali, wakil saya di Filipina.
4. Yang mahu mengambil Tarekat Ghazaliyah daripada orang muda (20-an), bolehlah melalui wakil saya di Perak iaitu Ustaz Dzul a-Ghazali. Tapi pertemuan dengan Ustaz Dzul hanya dibuka setahun sekali sahaja. Untuk tahun 2026 ini belum dibuka lagi. Mungkin pada bulan Februari atau April nanti. Saya sendiri akan berikan penerangannya (mungkin buat kali terakhir), tapi pengijazahan dan bai’ah adalah melalui beliau. Mulai tahun 2027, saya tidak lagi bercadang memberi penerangan. Namun saya tetap akan terus memberikan tarbiyah berterusan mengikut kemampuan.
5. Sebenarnya Tarekat Ghazaliyah ini boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja yang berminat, termasuklah orang2 yang sudah bertarekat. Sesiapa yang dapat tahu akan ilmu2 dan amalan2nya dengan jelas, bolehlah terus diamalkan kerana tariqah ini memang sudah diniatkan siap2 oleh Imam al-Ghazali sebagai diijazahkan kepada seluruh umat. Cuma orang2 yang hendak diangkat sebagai mu’allim/ mursyid/ syaikh dsb sahaja yang dimestikan untuk diijazahkan secara berhadapan dan berbai’ah.
Begitulah penjelasannya.
(27/1/26)
No comments:
Post a Comment