Ada orang tak minat nak berazam. Ada orang yang azamnya diperbaharui tanpa mengikut tarikh tertentu. Ada orang azamnya mengikut tahun Hijriyah. Ada orang azamnya mengikut tahun Masih. Ada orang ikut kalendar Parsi, kalendar China, kalendar India dsb. Azam2 yang baik, buatlah pada bila2 masa yang sesuai.
Azam bukan angan-angan. Azam bukannya sedap melayan2 fikiran. Azam ini hal yang kuat. Azam ialah tekad, niat yang kuat, keinginan yang membulat, kemahuan yang tinggi. Azam merupakan usaha awal dalam kita berusaha untuk mencapai sesuatu perubahan dan mencapai sesuatu matlamat. Azam melibatkan perancangan, kesungguhan dan tentunya ada pengorbanan.
Seandainyalah ada yang mahu memasang azam atau menambah azam, antara azam2 yang sangat bagus :
Kita nak berusaha supaya ilmu2 agama kita tahun ini bertambah dengan lebih pesat, amal2 agama kita semakin banyak lagi tersusun, jika belum kenal Allah berazam untuk kenal Allah, yang dah kenal Alah berazam untuk lebih kenal Allah (lebih ma’rifah), nak lebih cinta Allah (lebih mahabbah), berazam nak lebih banyak ingat akan Allah berbanding ingat selain Dia, yang belum tahu ilmu as-sa’ah berazam nak berguru dan belajar, yang belum berguru berazam untuk berguru, yang belum bermursyid berazam untuk bermursyid, berazam untuk mula berdakwah atau untuk kuatkan lagi dakwah, yang belum bersanad berazam untuk bersanad, azam untuk ambil tahu maksud bacaan Al-Quran, nak tambah solat2 sunat, nak istiqamah baca Al-Quran pada setiap hari, nak istiqamah baca kitab Ihya’ setiap hari, jika tahun lepas tiada berani atau kurang berani berazam untuk berani atau lebih berani, jika tahun lepas banyak menurut sahaja dan kurang menyelidik berazam untuk lebih menyelidik, azam untuk turunkan ego dan hapuskan ego, jika tahun lepas asyik fikir diri sahaja berazam untuk fikir umat juga, jika tahun lepas masih teragak-agak berazam untuk segera bertindak, jika tahun lepas masih banyak sifat2 mazmumah berazam nak banyakkan sifat2 mahmudah, dsb.
- Catatan drpd Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-302 pada 3.1.26
No comments:
Post a Comment