Friday, January 30, 2026

Amalan Berbekam dan Kaitannya dengan Israk

 

Bekam ni apa dia? Bekam ni amalan perubatan dan amalan kesihatan yang sangat dianjurkan oleh Rasululah SAW. Jadi, ia salah satu daripada sunnah Nabi. 

Caranya - kita lukakan sikit bahagian2 tertentu dengan cara sayatan untuk kita tarik keluar darah2 kotor. Sebahagian orang zaman sekarang ni mereka cucuk2 dengan jarum. Jika dapat cara sayatan lagi bagus. Nak guna cara tusukan jarum pun, bolehlah. Boleh juga dibuat bekam angin untuk buang angin, atau bekam luncur yang turut memberi sedikit urutan pada kulit dan sekitarnya

 

Apakah kaitan antara perubatan Nabawi atau perubatan tradisional Islami iaitu bekam ini dengan peristiwa isra’?

 

Rasululah SAW bersabda : “Pada malam aku diisra’kan, aku tidak melalui sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata : “Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan bekam.” (Ibnu Majah & Turmizi)

 

Ertinya para malaikat sangat menganjurkan amalan berbekam.

 

Apakah kelebihan2 berbekam?

Rasulullah SAW bersabda : “Penyembuhan itu ada dalam 3 perkara : sayatan bekam, minum madu, atau sundutan dengan api (kay). Namun aku melarang umatku melakukan sundutan dengan api.” (Bukhari)

 

Antara usaha untuk mendapatkan kesembuhan yang sangat dianjurkan oleh Nabi ialah berbekam dan minum madu. Kay seboleh2nya dielakkan.

 

“Sesungguhnya di dalamnya (amalan berbekam itu) ada penyembuhan.” (Bukhari, Muslim & Ahmad)

 

“Sesungguhnya kaedah pengubatan kalian yang paling baik ialah bekam, dan menggunakan al-qustul bahri.” (Bukhari & Muslim)

 

“Telah datang seorang sahabat kepada Rasulullah dan mengadu bahawa dia sakit kepala, maka Rasulullah bersabda : “ Berbekamlah kamu.” (Abu Daud & Al-Hakim)

 

-          Petikan nota daripada Ceramah Isra’ wal Mi’raaj oleh Paklong Abu Zulfiqar pada 16 Januari 2026

No comments: