Dalam mensyarahkan sesebuah kitab, seseorang guru itu memiliki beberapa jenis ilmu iaitu :
i) Ilmu jenis pertama : Maklumat daripada teks kitab. Maklumat jenis ini semua guru pun ada, kerana ia tertulis terang2 pada kitab. Tapi kita memang sedar bahawa maklumat bukan datang daripada teks kitab sahaja.
ii) Ilmu jenis kedua : Maklumat yang terhasil daripada kebolehan pembaca kitab itu sendiri iaitu daripada pemikiran si guru sendiri (wilayah aqal, si guru menggunakan akalnya), berdasarkan ilmu2 sedia ada pada dirinya, berdasarkan pelajarannya sebelum2 ini, dan daripada pemahaman kemudiannya setelah membaca teks kitab itu.
Sebahagian guru ada ilmu jenis pertama dan kedua sahaja.
Contohnya : Guru jenis ini jika mensyarahkan kitab2 Imam al-Ghazali terutamanya kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin, ISI KANDUNGANNYA akan terasa hambar dan lemah (bagi orang2 yang ada tahu). Bagi orang2 yang tiada tahu, umumnya mereka tak rasa berbeza pun.
Di sini kita bukan membicarakan tentang kefasihan penyampai, kepetahan pensyarah, kehebatan si penceramah menarik perhatian hadirin dsb. Yang itu hal lain.
Yang kita fokuskan di sini adalah tentang ISI KANDUNGAN atau lebih tepat lagi HURAIAN ISI KANDUNGAN. Sebab kadang2 ada juga orang tua2 yang mengajar meleret…. suaranya perlahan…. lambat-lambat… tapi maklumat yang dia keluarkan daripada kitab itu memang dahsyat. Kita nak maklumat yang jenis itu, huraian isi yang jenis itu. Itulah ISI KANDUNGAN yang kita maksudkan.
Ada tukang ajar yang cakap2nya menarik perhatian penonton, rupa parasnya mempesona hadirin, gaya penyampaiannya memukau, dengan lawak2nya, kadang2 dengan tegasnya, dengan garangnya, ada yang dengan manjanya, dengan kepetahannya berbicara – tapi dari segi HURAIAN ISI KANDUNGAN kitab itu sebenarnya hambar, membosankan, dan lemah (bagi yang ada tahu).
Ilmu jenis ketiga : Merupakan maklumat yang terhasil daripada kebolehan pembaca kitab itu sendiri iaitu daripada peRASAan si guru sendiri (wilayah qalbu, daripada hati si guru sendiri), berdasarkan pengetahuan sedia ada, pelajarannya sebelum2 ini dan daripada pemahaman kemudiannya.
Sebahagian lagi guru mempunyai maklumat jenis pertama, kedua dan ketiga ini.
Contohnya : Guru jenis ini jika mensyarahkan kitab2 Imam al-Ghazali lebih2 lagi kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin, isi kandungannya lebih baik, tetapi masih agak hambar dan agak lemah (bagi orang2 yang ada tahu).
Ilmu jenis keempat : Inilah maklumat yang lebih penting iaitu huraian dan pemahaman ke atas teks kitab itu (isi kandungan kitab itu) yang turun daripada pengarang kitab kepada murid2nya. Inilah yang disebut sebagai ilmu daripada guru kepada guru. Maklumat jenis ini turun secara bersanad tanpa terputus zaman-berzaman. Maklumat jenis ini tidak ada pada teks/matan kitab, dan umumnya tidak ada dalam akal atau hati si penyampai. Ia turun dari mulut guru2 secara bersambungan dari generasi ke generasi sampailah kepada kita hari ini.
Sebahagian guru mempunyai ilmu jenis pertama, kedua, ketiga dan keempat ini. Guru2 jenis ini sangat sedikit adanya.
Contohnya : Guru jenis ini jika mensyarahkan kitab2 Imam al-Ghazali lebih2 lagi kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin, isi kandungannya sangat bagus sebenarnya (bagi orang2 yang ada tahu). Hal ini adalah sedemikian kerana mereka dapat mengeluarkan maklumat2 lanjutan, maklumat2 yang di sebalik, maklumat2 yang sirr, maklumat2 yang khusus yang tidak ada di dalam teks kitab dan tidak ada pada aqal dan qalbu guru2 yang lain.
Ilmu jenis kelima : Merupakan maklumat terus daripada al-lauhul mahfudz (ilham ladunni).
Selain daripada empat ilmu yang disebutkan tadi, segelintir guru lagi turut direzekikan maklumat jenis kelima ini. Jumlah mereka lagilah amat sedikit adanya.
Contohnya : Guru jenis ini jika mensyarahkan kitab2 Imam al-Ghazali lebih2 lagi kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin, isi kandungannya sangat bagus berganda2 (bagi orang2 yang ada tahu) walaupun penyampaiannya tidak menarik
Kitab2 Imam al-Ghazali lebih2 lagi kitab Ihya’, jika pensyarahnya ada kelima2 jenis maklumat, isi kandungannya memang dahsyat, lazat, hebat (bagi yang tahu). Sekurang2nya bagi guru yang ada empat jenis maklumat - masih lazat dari segi huraian isi kandungan dan lanjutannya.
Tak dapat 5, 4 pun jadilah.
Tak dapat 4, 3 pun jadilah.
Tak dapat 3? 2 sahaja tak jadi kerana kitab Ihya2 ini kitab soal qalbu, sola hati, jiwa. Jika dihurai dengan bersandarkan kepada wilayah aqal sahaja, ia akan jadi sangat hambar (bagi yang ada tahu).
Huraian isi kandungannya akan jadi hambar dan banyak lompong2 kosong sekalipun si pensyarah itu ulama besar, berkelulusan tinggi, banyak kelulusannya 3-4 PHD, tinggi jawatannya, hebat institusi pengajiannya, dahsyat bahasa Arab dan bahasa Parsinya, ramai penyanjung2nya, besar jemaahnya, dsb – tapi dari segi isi kandungan dan lanjutannya, tetap hambar dan banyak berlompong2 (bagi yang ada tahu).
Memang dari zaman muda2 lagi dulu ada orang2 yang mengajak saya ke pengajian2 kitab Ihya’, tapi saya tidak terasa hendak pergi. Kerana :
i) Saya sangat sibuk dan sibuk itu pula memang dalam urusan2 agama juga.
ii) Kadang2 jauh sangat lokasinya.
iii) Dan yang lebih utama, saya ada syarat2 yang khusus untuk diri saya sendiri, bukan untuk orang lain. Dan syarat2 ini memang ketat. Guru saya dulu pun begitulah lebih kurang syaratnya. Juga guru kepada guru saya dan ke atas. Syarat2 ini orang lain jangan ikut keseluruhannya, kerana ia khusus untuk diri saya sahaja. Dan ia melibatkan kitab2 tauhid dan tasawuf Imam al-Ghazali sahaja.
Jadi, bukan sengaja kita tidak mau pergi. Sebelum pergi, saya akan bertanya atau cari2 maklumat terlebih dahulu. Contohnya :
i) Tukang syarah itu memang ada belajar kitab Ihya’ tak sebelum ini?
Jika dia tidak pernah belajar, dari mana dia dapat maklumat2 yang disyarahkannya itu?
ii) Dia belajar habis sampai khatam tak?
iii) Tok guru dia dulu memang syarahkan kepada dia dengan sekurang2nya syarahan peringkat sederhana?
Kalau tok guru dia sekadar baca, atau sekadar terjemah, atau sekadar buat ulasan ringkas – tak memadai.
iv) Tok guru dia memang ada mengesahkan dia sebagai layak mensyarahkan?
Sekiranya tok guru dia tak sahkan, macam mana kita nak berasa sah akan maklumat2 yang dia sampaikan?
v) Ilmu kitab Ihya’ yang dia dapat itu, bersanad tak?
Kalau tak bersanad, maklumat2 lanjutan tu dapat dari mana?
Maklumat2 ni bukan boleh direka2 sendiri dan dirasa2 sendiri.
Ada maklumat yang tak boleh difikir2 dan dirasa sendiri.
Maklumat2 dasar dan yang dalam2 kena datang daripada mulut Imam al-Ghazali sendiri lalu dibawa oleh guru ke guru sampailah kepada kita.
vi) Sanad zahirnya muttasil?
Sebahagian orang yang mengajarkan kitab Ihya’ tak ada sanad.
Sebahagian lagi mengaku ada sana tapi sanadnya tidak lengkap.
Jika sanadnya terputus, maklumat2 tu ambil dari mana?
Sekiranya seseorang tok guru itu tidak bertarekat Ghazaliyah pun, tak ada masalah, tidak mengapa. Saya memang akan usaha nak pergi mengikuti pengajarannya tapi dengan syarat :
i) Dia memang pernah belajar kitab itu.
ii) Dia belajar dulu memang level syarahan, bukan ulasan ringkas.
iii) Dia belajar dulu memang sampai khatam akan kitab itu. Macam dalam kitab Ihya’ Ulumuddin ini ada 40 kitab. Jika dia ajar mana2 kitab yang dia pernah belajar sampai khatam dulu, kira ok lah bagi saya.
iv) Ilmu berkaitan isi kandungan kitab itu memang bersanad sampai kepada Imam al-Ghazali sekurang2nya, dan seterusnya sampai kepada Rasulullah SAW sebaik-baiknya.
v) Sanad zahirnya itu pula muttasil, tiada terputus. Sanad ilmunya atau sanad kitabnya lengkap.
vi) Dia memang disahkan layak menyampaikan isi kitab itu oleh gurunya.
vii) Dia mensyarahkan kitab Ihya’ itu secara percuma.
viii) Seboleh2nya dalam keadaan bersuhbah. Hadirinnya 10 orang dan ke bawah. Kalau ramai2, puluh2 orang, ratus2 ribu2…saya tak berminat. Umumnya, ilmu2 lanjutan tak akan tiba dan tak akan bermanfaat dalam majlis yang beramai2 begitu. Majis2 sebegitu oleh Imam al-Ghazali pun tidak lebih daripada 10 orang. Boleh rujuk kitab Ihya’.
ix) Lokasinya taklah jauh sangat.
x) Sebagai bonus, jika si pengajar memang bertarekat Ghazaliyah, lagilah bagus. Kerana dia ada ilmu2 yang dari dlaam tariq Imam al-Ghazali sendiri. Sekiranya bukan bertareka Ghazaliyah pun, ok sahaja. Asalkan ada 9 syarat yang di atas.
Jika ada, maklumkan kepada saya. Saya berminat untuk mengikutinya. Contohnya pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin, Misykatul Anwar, Ar-Risalah al-Ladunniyah, Al-Munqiz min adh-Dhalal. Itulah syarat2nya yang memang ketat untuk diri saya sendiri dan untuk kitab2 Imam al-Ghazali sahaja.
i) Dulu tahun 2000-an atau 2010-an, ada orang bagitau kata ada pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin setiap hari lepas waktu solat di sebuah masjid/ surau. Sekali sehari. Dah bertahun2 berjalan. Jauh le dari tempat saya.
Jadi kita pun selidik2… rupa2nya si penyampai itu lebih kepada membaca lalu mengulas dalam satu-dua ayat sahaja. Dia baca, lepas tu dia ulas sikit. Bukanlah syarahan.
Usahanya itu sangat bagus. Sepatutnya banyak lagi masjid surau yang buat macam itu.
Cuma, saya sendiri tidaklah datang perasaan untuk pergi kerana bukan itu yang saya cari (juga kerana sebab2 yang sudah dijelaskan tadi). Si penyampai memang pernah belajar kitab Ihya’ tapi tak sampai khatam. Tok guru dia ada mensyarahkan kitab Ihya’ tapi tak ada sanad. Dan dia tak pula disahkan, disuruh atau diamanahkan oleh tok gurunya untuk mensyarahkan kitab Ihya’.
ii) Dalam tahun2 2010-an ada orang share link pengajian kitab Ihya’ di Youtube di Indonesia. Banyak juga siri kuliahnya. Disebut kajian kitab Ihya’ ‘Ulumiddin. Orang2 sebelah Indonesia selalu sebut pengajian2 ni sebagai kajian. Saya sempat ikuti dalam 3 kali kuliah penuh dan beberapa kuliah lain secara sikit2. Lepas tu saya berhenti.
Rupa2nya kuliah ulama itu bukan kuliah syarahan, tapi lebih kepada kuliah TERJEMAHAN. Namanya sahaja KAJIAN tapi sebenarnya jadi kuliah TERJEMAHAN kitab Ihya’ ‘Ulumuddin dari bahasa Arab ke bahasa Indonesia. Dia baca teks bahasa Arab satu ayat, kemudian dia terjemah ke dalam bahasa Indonesia, kemudian dia ulas dengan sepatah dua kata. Ada yang kadang2 terjemah je tanpa ulasan atau penjelasan. Syarahan umumnya tak ada lah.
Usaha ini pun sangat bagus. Penyampainya pun mahir bahasa kitab2 Arab. Tapi, bukan itu yang saya cari, yang saya maqsudkan. Saya tak berhajat kepada kuliah terjemahan. Saya hajatkan kuliah syarahan dengan syarahan yang mendalam atau sekurang2nya yang sederhana, yang huraiannya itu banyak daripada Imam al-Ghazali sendiri. Maksudnya kena ada maklumat2 yang turun melalui sanad yang tidak terputus.
Rasanya si penyampai itu memang pernah belajar kitab Ihya’ dan mungkin hingga khatam tapi secara yang macam itu jugalah – terjemah lalu diulas sedikit. Ia lebih kepada kuliah terjemahan, bukan syarahan. Maka tiaklah kena dengan maqsud kita.
iii) Contoh lagi. Khabarnya ada satu pengajian kitab Ihya’ dalam beberapa tahun lepas. Yang mengikuti pengajiannya tu banyak orang muda2. Dan pengajar ini saya dah kenal lama, dekat 20 tahun. Suatu hari dapat tahu dia mengajarkan kitab Ihya’. Ada orang tanya, tak pergi ke?
Usaha dia sangat bagus. Teruskan. Bukan kita tak mahu pergi. Tapi kita tahu dia tak pernah belajar sampai khatam, tak ada sanad ilmu kitab Ihya’, dan tak pasti sama ada masa dia belajar dulu, gurunya syarahkan atau gurunya sekadar ulas sikit sahaja.
Kadang2 kita tonton atau dengar syarahan kitab Ihya’, tapi pada tempat2 tertentu kita terasa macam bukan belajar kitab Ihya’. Macam belajar kitab lain pula. Mengapa jadi macam tu? Sebab si penyampai sebenarnya ada ilmu kitab lain atau sumber lain, tapi dia cuma cuba hendak mencocokkan imunya dengan isi kandungan kitab Ihya’.
Syarat untuk diri saya sendiri memang ketat. Tapi bukan untuk orang lain. Sebab kita nak yang tinggi kualiti, terjamin kualiti, terjamin keselamatannya, betul daripada tuan kitabnya.
Setakat yang saya pernah jumpalah, orang yang ada kelima2 jenis ilmu atau maklumat berkaitan kitab induk Ihya’ dan beberapa kitab Imam al-Ghazali yang lain, tuan mursyid saya dululah – Tuan Guru Muhammad Soleh bin Abdur Rahman al-Ghazali. Dia ada kelima2 jenis maklumat, dan lengkap beberapa syarat yang lain. Bahkan ada bonus iaitu dia sendiri bertarekat Ghazaliyah iaitu tarekat yang diasaskan oleh Imam al-Ghazali sendiri, bahkan dia guru Tarekat Ghazaliyah, dan dia mengajar secara bersuhbah.
Yang dapat menghidangkan kitab2 Imam al-Ghazali terutamanya kitab induk Ihya’ ini dengan manhaj tariqnya Imam al-Ghazali sendiri, tak lain ialah guru2 yang bertarekat Ghazaliyah sendiri. Ada maklumat2 yang hanya ada dalam tarekat. Di luar daripada tarekat tak ada. Di dalam tarekatnya, Imam al-Ghazali bahas lebih halus, lebih tinggi, lebih dalam, lebih jauh. Dalam teks kitab2 tak ada, pada guru2 di luar daripada Tarekat Ghazaliyah pun tak ada. Guru2 yang tidak bertarekat Ghazaliyah, dari mana mereka nak dapat maklumat2 tu?
Tapi itu bahagian bonuslah Tak ada pun tidak mengapa. Jika ada, amatlah bagusnya.
Ini sekiranya dapat. Sekiranya tak dapat, asalkan seseorang itu diyakini layak menyampaikan, tuan2 belajarlah dengan mereka.
- Petikan pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-303 pada 10.1.26
No comments:
Post a Comment