Betulkah sebelum peristiwa isra’ wal mi’raaj lagi, Rasulullah dan para sahabat sudah mengerjakan solat?
Dalam satu riwayat oleh Imam Ahmad, dikatakan :“Sesungguhnya Jibril datang kepada Rasulullah ketika menyampaikan WAHYU PERTAMA lalu mengajarkan Rasulullah SAW wuduk dan solat.” (Ahmad)
Jelas, sejak Nabi mendapat wahyu yang pertama lagi sudah ada anjuran berwuduk dan mengerjakan solat. Sebab itulah Rasulullah diajar oleh malaikat Jibril. Padahal peristiwa isra’ wal mi’raaj dan kefardhuan solat 5 waktu sehari semalam belum berlaku. Berbelas tahun selepas itu baru berlaku.
Sebahagian ulama berpandangan ibadah solat pada waktu itu bertaraf fardhu/ wajib, manakala sebahagian ulama lagi berpandangan bahawa ibadah solat pada waktu itu hanya sunat. Wallahua’lam.
Kebanyakan ulama mengatakan solat pada zaman sebelum persitiwa isra’ wal mi’raaj hanya dua waktu iaitu dua rakaat pagi dan dua rakaat petang. Ada pula ulama kata solat malam. Ada ulama kata solatnya tidak tentu waktu. Ada ulama kata solatnya macam amalan penduduk Makkah ketika itu tetapi kita tidak tahu lanjutan tentang solat mereka, iaitu ibadah solat yang mereka warisi turun-temurun sejak zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
Orang2 Yahudi sebelum zaman Nabi ada solat mereka, yang diajarkan oleh Nabi Musa as. Orang2 Nasrani sebelum zaman Nabi lagi ada solat mereka, yang diajarkan oleh Nabi Isa a.s. Bahkan sebelum zaman Nabi Musa dan Nabi Isa iaitu zaman Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, sudah ada solat yang mereka ajarkan. Dan solat itu masih diamalkan oleh sebahagian masyrakat Makkah sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad SAW, walaupun majoriti daripada mereka dalam masa yang sama menyembah berhala atau ilah2 yang lain. Sebab itulah mereka dinamakan sebagai musyrikin kerana mereka mensyirikkan Allah, menyekutukan Allah, menduakan Allah. Allah pun mereka sembah, selain Allah pun mereka sembah juga. Jadi, sebahagian daripada mereka masih ada amalan solat.
Kesimpulannya, bnadah solat memang Nabi dan para sahabat sudah buat walaupun sebelum peristiwa isra’ dan mi’raaj.
- Petikan nota daripada Ceramah Isra’ wal Mi’raaj oleh Paklong Abu Zulfiqar pada 16 Januari 2026
No comments:
Post a Comment