BENTUK2 MIMPI YANG BENAR
Mimpi yang benar ini kita semua sedia maklum memang ada. Mimpi2 ini menjadi saluran kepada maklumat2 dari lauh mahfudz. Mimpi yang benar ini datang dalam tiga bentuk :
i) Mimpi yang tidak perlu dita’wilkan. Ia datang dalam rupa sebenar sesuatu kejadian.
ii) Mimpi yang perlu dita’wilkan. Ia datang dalam rupa perlambangan2, perumpamaan2, isyarat2, tanda2, alamat2.
iii) Mimpi yang tergabung di dalamnya gambaran sebenar dan perlambangan2.
Dalam sukatan tarbiyah Tarekat Ghazaliyah, kita memang ada pengisian khusus ilmu tentang mimpi dan tentang tafsir mimpi.
Melalui mimpi yang benar, manusia dapat sedikit maklumat tentang hal2 yang pernah berlaku, yang sedang berlaku, atau yang akan berlaku. Maklumat2 ini tidak sampai kepada kita melalui lima indera, kerana pancaindera kita ketika tidur itu sedang tertutup/berehat. Jadi, dari mana maklumat2 dalam mimpi itu datang? Dari lauh mahfudz.
Menurut Imam al-Ghazali, jika dalam mimpi boleh berlaku, maka ketika manusia jaga pun boleh berlaku.
Berkata al-imam (dalam Ihya’ ‘Ulumuddin) : “Maka sesungguhnya tersingkaplah yang ghaib dengan mimpi tersebut. Apabila boleh yang demikian dalam tidur, maka tidak mustahil juga pada waktu jaga.”
Maklumat dari lauh mahfudz ini Allah boleh buka pada bila2 masa yang Dia kehendaki. Dalam kuliah yang lepas, Imam al-Ghazali berikan contoh2 datangnya maklumat ketika manusia hampir meninggal dunia, ada yang ketika sedang berkhutbah, dan ada yang ketika bertemu sesama manusia. Tabir hijab lauh mahfudz boleh terangkat dalam khilwah, dalam tidur, dalam pengsan, dalam koma, dalam jaga dan sebagainya. Wallahua’lam.
Pernah dulu sekitar tahun 2004,2005, 2006 (sekitar waktu itulah, selepas2 itu sampai sekarang tak berlaku lagi dah), jika ada orang2 yang berniat tak baik nak datang ke rumah, dalam 3 hari sebelum itu saya dapat mimpi. Mimpi gambaran betul, bukan mimpi yang perlu ditakwilkan. Siapa yang datang, berapa ramai, bila datang dan suasana ketika datang itu. Bukan saya sahaja, isteri saya pun dapat juga mimpi yang lebih kurang sama. Dalam 3 hari kemudian, memang betul berlaku macam yang dalam mimpi tu. Mula2 kami ingat kebetulan, tapi kemudiannya ia berlaku beberapa kali. Tapi selepas tahun 2006 ke atas sampailah sekarang, tak jadi dah.
Dari mana maklumat dalam mimpi itu datang?
Dari mata? Mata sedang tidur. Ia tak nampak apa2.
Dari telinga? Telinga sedang tidur. Ia tak dengar apa2.
Dari hidung? Hidung pun sedang tidur. Ia tak hidu apa2.
Dari lidah? Lidah sedang tidur. Ia tak merasa apa2.
Dari kulit dan seluruh tubuh? Semua pun sedang tidur. Ia tak menjamah apa2.
Itulah maklumat yang Allah sampaikan kepada kita tidak melalui 5 indera. Mimpi yang saya kisahkan ini merupakan mimpi jenis pertama iaitu yang dalam gambaran yang sebenar tentnag kejadian. Ia tidak perlu dita’wilkan.
Hal2 yang lebih kurang seumpama ini memang berlaku pun kepada banyak orang lain. Maka hujah yang ini tak dapat kita nak menafikannya melainkan mengakui kewujudannya.
- Petikan pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-303 pada 10.1.26
No comments:
Post a Comment