Friday, January 30, 2026

Israk dan Mikraj yang Sebenar

 

Mula2 kita kena buat pecahan (sebagaimana dalam Ilmu Alam Imam al-Ghazali). Ada tiga jenis pengembaraan ajaib yang dialami oleh Nabi SAW :

i)                    Peristiwa isra’ dan mi’raaj (dua peristiwa sekaligus, pada malam yang sama)

ii)                  Peristiwa isra’ ke Baitul Maqdis sahaja (satu peristiwa sahaja, ia berlaku pada malam yang lain)

iii)                Peristiwa Nabi naik ke langit sahaja sahaja (satu peristiwa sahaja, berlaku pada malam yang lain pula).

Jangan dicampur aduk ketiga2 jenis pengalaman Nabi ini kerana ketiga2nya peristiwa yang berlainan dan berlaku pada masa yang berlainan.

Kebiasaannya, para penceramah gabungkan ketiga2nya terus seolah ia satu peristiwa pada malam yang sama.

 

Apakah perbezaan antara ketiga2 pengalaman ajaib ini (menurut Ilmu Alam Imam al-Ghazali)?

i)                    Peristiwa isra’ dan mi’raaj – Nabi pergi ke Baitul Maqdis, lalu naik ke langit, turun semula ke Baitul Maqdis, pulang ke Makkah.

ii)                  Peristiwa isra’ sahaja – Nabi pergi ke Baitul Maqdis tetapi tidak naik ke langit. Kemudian pulang ke Makkah.

iii)                Peristiwa naik ke langit sahaja sahaja – Nabi terus naik ke langit tanpa pergi ke Baitul Maqdis, lalu pulang ke Makkah.

 

Ketiga2 keadaan ini merujuk kepada tiga peristiwa yang berlainan.

Ketiga2 keadaan ini berlaku pada masa yang berlainan.

Sebab itulah orang2 yang tidak memperhalusi hal ini akan terpandang bahawa hadith2 kuat tentang isra’ wal mi’raaj ini banyak juga isi kandungannya yang saling bertentangan. Maka ada pula penceramah yang pilih hadith2 kuat tertentu tapi tolak hadith2 kuat tertentu. Padahal hadith2 itu kuat belaka.

 

Contoh untuk mudah difaham dan difaham :

Pada tahun 2023 – Ali melancong ke China.

Pada tahun 2024 – Ali melancong ke Jepun.

Pada tahun 2025 – Ali melancong ke China dan Jepun.

Ketiga2 hal ini merupakan peristiwa yang berbeza dan berlaku pada masa yang berbeza.

 

Tapi yang sering kita temui, para penyampai cerita tentang isra’ wal mi’raaj mencampurkan ketiga2 peristiwa ini, seolah2 ketiga2 peristiwa itu adalah peristiwa yang sama dan berlaku pada masa yang sama. Sebenarnya, ketiga2nya berbeza.

 

Kita juga kena faham dan sedar bahawa ada pengembaraan ajaib yang Nabi lalui dalam keadaan baginda jaga (tidak tidur), dan ada pengembaraan ajaib yang Nabi lalui dalam keadaan baginda sedang tidur (mimpi).

Pengembaraan ajaib ketika Nabi jaga adalah pengembaraan dengan ruh dan jasad (tubuh badan) sekaligus.

Sementara pengembaraan ajaib ketika Nabi tidur (mimpi) umumnya adalah dengan ruh sahaja.

 

Peristiwa isra’ dan mi’raaj berlaku ketika Nabi jaga/sedar. Ia berlaku pada ruh dan jasad Nabi sekaligus.

Ada peristiwa Nabi naik ke langit ketika Nabi terlena. Ia berlaku pada ruh Nabi sahaja.

Kedua2 jenis pengembaraan nabi ini, jangan dicampur aduk kisah2nya sebagai satu peristiwa, kerana ia berbeza (sebagaimana saranan dalam Ilmu Alam Imam al-Ghazali).

 

 

-          Petikan nota daripada Ceramah Isra’ wal Mi’raaj oleh Paklong Abu Zulfiqar pada 16 Januari 2026

 

 

 

No comments: