Dari segi bahasa Arab, perkataan qiblat berasal daripada perkataan qabala yang bermaksud berhadapan atau menghadap. Maka perkataan qiblat membawa maksud arah menghadap, yakni arah kita menghadap.
Dari segi penggunaannya dalam agama Islam, qiblat ialah arah kita menghadap ketika mengerjakan solat dan dalam urusan2 agama yang lain yang berkaitan dengan qiblat. Kita berdoa atau berzikrullah pun, digalakkan dengan menghadap qiblat sekiranya dapat. Sekiranya tidak dapat, tidak mengapa.
(*Menurut saranan kajian dalam ilmu alam Imam al-Ghazali) Bagi orang2 Makkah dan orang2 yang datang beribadah di Makkah, sejak zaman Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, qiblat mereka ialah Baitullah atau Ka’abah di Masjidil Haram. Bahkan sebahagian ulama berpandangan bahawa manusia sudah berqiblatkan Baitullah atau Ka’abah di Masjidil Haram itu sejak zaman Nabi Adam lagi.
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman : “Sesungguhnya bait (rumah ibadah) yang mula-mula dibina untuk manusia ialah yang di Bakkah (nama lama Makkah) yang berkat dan (dijadikan) petunjuk bagi seluruh alam.” (Ali Imran : 96)
Bakkah itu nama lama bagi Makkah. Apakah nama lama Madinah? Yathrib. Apakah nama lama Makkah? Bakkah. Memang biasalah, banyak tempat yang ada nama lama dan nama baru.
Di manakah qiblat pertama bagi seluruh dunia bahkan seluruh alam?
Baitullah yakni Ka’abah di Makkah.
Siapakah yang membinanya?
Kemungkinan besar Nabi Adam a.s.
Maka, ke mana qiblat Nabi Adam atau qiblat orang2 terawal?
Ke Baitullah / Kaabah di Makkah. Itulah qiblat terawal. Ketika itu, Masjid Baitul Maqdis pun belum ada lagi. Ketika itu, Masjid Al-Aqsa pun belum ada lagi.
Ada bezakah antara Masjid Baitul Maqdis dengan Masjidil Aqsa?
Pada lain kesempatanlah kita sentuh akan perbahasan tentangnya.
Selepas itu, binaan Kaabah yang asal itu hilang, atau runtuh, atau diangkat ke langit lalu dijadikan kaabah di langit ketujuh dengan nama Baitul Makmur. Ada beberapa pandanganlah. Wallahua’lam. Tapi yang pasti, binaan kaabah itu sudah tidak ada atas sebab2 yang tertentu.
Kemudian, siapa yang membina semula Baitullah atau Kaabah di Makkah?
Selepas banjir besar, mungkinlah Nabi Nuh a.s. Tapi yang pastinya, selepas itu oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Jadi, sejak zaman Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, qiblat orang2 Makkah dan sekitarnya adalah Baitullah/ Kaabah di Makkah.Sampailah ke zaman Nabi Muhammmad SAW. Umumnya qiblat orang2 Makkah, sekitarnya dan orang2 yang berkaitan, adalah Baitullah/Kabbah di Makkah.
Sebelum Nabi Muhammad SAW diangkat sebagai rasul, penduduk Makkah masih banyak yang amalkan sisa2 agama Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan para penganut agama Yahudi serta Nasrani yang asal memang ada ibadah solat. Ertinya orang2 Makkah memang ada mengerjakan solat dan ibadah2 lain dengan berqiblatkan Baitullah/ Kaabah di Makkah.
Bahkan sebelum peristiwa Isra’ wal Mi’raaj (sebagaimana saranan dalam ilmu alam Imam al-Ghazali), Rasulullah SAW dan umat Islam biasa bersolat dengan berqiblatkan Baitullah/ Kaabah di Makkah. Bahkan Rasulullah dan sebahagian sahabat mengerjakan solat di Masjidil Haram, di depan Kaabah, menghadap Kabaah – belum menghadap Baitul Maqdis di Palestin. Dipercayai selepas peristiwa israa’ wal mi’raaj, barulah qiblat penduduk Makkah yang beragama Islam beralih ke Masjid Baitul Maqdis.
Itulah antara sebabnya dalam peristiwa israa’, Rasulullah diperjalankan dari Makkah ke Baitul Maqdis. Hal ini sebagai isyarat bahawa qiblat umat yang benr aqidah dan tauhidnya berubah dari Makkah ke Baitul Maqdis.
Kemudian dalam perjalanan pulang setelah mi’raaj (setelah Rasulullah turun dari langit), Rasulullah SAW bergerak dari Baitul Maqdis ke Makkah pula. Ini juga sebagai isyarat bahawa nanti qiblat umat Islam akan kembali semula ke Makkah. Dan memang ternyata bahawa setelah Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, tak lama lepas tu qiblat umat Islam kembali ke Makkah.
- Petikan nota daripada Ceramah Isra’ wal Mi’raaj oleh Paklong Abu Zulfiqar pada 16 Januari 2026
No comments:
Post a Comment