Friday, January 30, 2026

Pengalaman Menyampaikan Kisah Israk wal Mikraj

 

Kisah tentang Isra’ dan Mi’raaj ini sangat menarik. Pada tahun 2010 yakni 16 tahun yang lalu, saya pernah mensyarahkan sebuah kitab tentang Isra’ dan Mi’raaj di sebuah surau. Kitab itu tajuknya Kifaayatul Muhtaaj fil Isra’ wal Mi’raaj yang dikarang oleh seorang ulama besar nusantara atau rantau sebelah kita ini iaitu Syeikh Daud al-Fatoni. Kitabnya nipis sahaja. Dengan izin Allah ‘Azza wa Jalla, dapatlah saya mengkhatamkan syarahannya dalam 23 kali kuliah atau 23 minggu. Dan rakaman audio semua kuliah2 tersebut masih ada di yu ti yub. Tajuknya : Kembara ke Sidratul Muntaha (di channel : senidakwah).

 

-          Petikan nota daripada Ceramah Isra’ wal Mi’raaj oleh Paklong Abu Zulfiqar pada 16 Januari 2026

No comments: