Monday, January 26, 2026

Kisah Ceramah Israk wal Mikraj

 

Pada mulanya sahaya diminta menyampaikan sebuah ceramah tentang peristiwa isra’ wal mi’raj. Ceramah itu tidak dirakam. Kemudian beberapa nota ringkas daripada ceramah itu dikongsikan di media sosial. Hendak jadi cerita, setelah membaca sebahagian daripada nota2 ringkas itu, ada beberapa orang yang meminta agar dibuat ceramah ulangan secara live dan dirakam untuk dimuat naik kemudian.

 

Seminggu kemudian dibuatlah ulangan ceramah tersebut dalam satu majlis kecil dan pada masa yang sama dibuat secara live streaming serta dirakam. Majlis pun berjalanlah dengan lancar. Tetapi selepas itu apabila diperiksa semula rakamannya, ternyata tidak ada rakaman. Entahlah di mana silapnya – silap tekan butangkah, atau tidak tekan butangkah, atau terpadamkah, atau sebab2 yang lainkah, tidaklah dapat dipastikan.

 

Hendak jadi cerita lagi, ada orang2 yang tidak dapat hadir atau tidak sempat menonton live tempoh hari (kerana mereka mengharapkan agar dapat menonton rakamannya pada waktu berkelapangan) meminta agar diceramah ulang lagi dan dirakam. Rasanya kita tidak buat ulangan dah kot. Sesiapa yang tidak berkesempatan mengikutinya, anggap sahajalah tidak direzekikan oleh Allah buat masa ini tetapi mungkin akan direzekikan-Nya pada masa2 akan datang. Namun yang memujuk tetap ada.

 

Suatu ketika, datang ilham agar nota-nota ceramah itu disusun dan ditekskan agar mendekati isi penyampaian yakni kata-kata sahaya pada malam tersebut. Jadi, insya-Allah sahaya akan buat satu buku kecil dalam format PDF secara percuma untuk semua (sebagaimana buku ke-6 sebelum ini iaitu Merancang Rumahtangga Tasawuf & Berperjuangan Agama). Insya-Allah dalam dua tiga hari siaplah. Isnya-Allah tidak perlu diulang ceramah dan tidak akan hilang rakamannya. Cuma rakamanan kali ini hanyalah dalam bentuk teks, bukannya audio video.

 

25/1/26

No comments: