Macam mana perjalanan ajaib Nabi ini (isra’ wal mi’raaj) boleh jadi sangat cepat atau sangat laju? Ada pelbagai faktor yang boleh kita nampak seperti :
i) Dalam sebahagian pengembaraan ajaibnya, Nabi menunggang buraq. Buraq itu kita sedia maklum ia sangat laju.
ii) Sebahagian lagi penegembaraan ajaib Nabi berlaku dalam mimpi. Tak hairanlah ia laju.
iii) Pengembaraan2 ajaib Nabi berlaku pada waktu malam. Umumnya perjalanan jarak jauh pada zaman dahulu yang dilakukan pada waktu malam adalah lebih cepat.
Ada hadith Nabi yang mengatakan : “Hendaklah kalian melakukan perjalanan pada waktu malam kerana sesungguhnya bumi itu dilipatkan pada malam hari.” (Abu Daud, Ahmad, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)
Jadi cepat itu kerana pada waktu malam tidak kena hangat matahari, tenaga badan lambat habis, air di badan pun lambat kering, laluan pun kurang sibuk, suasana lebih tenang. Bahkan memang dalam keadaan2 tertentu, kadang2 terasa macam betul2 bumi dilipatkan kerana cepat yang tidak disangka2.
Tapi di sini kita hendak lebih fokuskan kepada satu faktor lagi yang lebih penting iaitu KERANA ALLAH MENGUASAI MASA.
Siapa yang menciptakan masa? Allah ‘Azza wa Jalla. Sebelum Allah menjadikan alam makhluk, masa pun belum ada. Sebelum adanya alam dan masa, Allah sudah sedia ada. Ketika itu, saat pertama pun belum ada, tetapi Zat Allah sudah sedia ada lagi sempurna. Alangkah hebatnya Allah! Dia tidak terpengaruh dengan masa, bahkan Dialah yang menjadikan dan menguasai masa – sepenuhnya 100%. Setelah Allah jadikan masa, barulah masa wujud. Ertinya masa ini adalah makhluk. Masa adalah baharu. Jadi, Allah menguasai masa 100%.
Apabila Allah menguasai masa, ertinya Dia boleh memanjangkan masa atau memendekkan masa mengikut kehendak-Nya. Sebab itulah ada tempoh masa yang panjang, tapi kita terasa cepatnya. Contohnya : Kadang2 kita baru je habis mengerjakan solat zuhur, tengok2 dah nak masuk ‘asar dah. Ada pula tempoh masa yang pendek, tapi kita terasa lamanya.
Contoh : Bilalah ceramah ni nak habih tak tau? Lama sungguh dah ni!
Maka, walaupun jarak perjalanan ke Baitul Maqdis dan ke langit itu sangat jauh dan sangat lama, tapi Allah boleh pendekkan tempoh masanya tak sampai pun satu malam. Ia bukanlah hal yang mustahil.
Untuk lebih memahami hal ini, marilah kita bertafakkur yakni merenung dengan lebih mendalam akan beberapa bukti yang ada dalam kehidupan kita, di sekitar kehidupan kita sendiri.
Kadang2 kita tidur sekejap sahaja, tapi kita dapat mimpi dan berada dalam mimpi itu lama. Ada orang yang terlena selama 5 jam, tapi dia berada dalam mimpinya selama 2-3 hari. Bahkan ada yang lebih lama lagi. Yang ini amat jarang berlaku. Mengapa boleh jadi sedemikian? Kerana Allah menguasai masa. Dia boleh memendekkan atau memanjangkannya mengikut kehendak-Nya.
Hujahnya lagi : Ada hari yang kita rasa panjang. Lambat nak habis. Bilalah nak balik ni? Tambah2 bulan Ramadhan yang nak datang ni. Lambat lagi ke nak buka puasa ni? Tapi ada hari2 yang kita rasa pendek. Eh, dah sampai waktu nak berbuka puasa dah? Mengapa? Kerana Allah menguasai masa. Dia boleh memendekkan atau memanjangkannya mengikut kehendak-Nya.
Pernah ada orang hilang. 3 hari orang cari baru terjumpa. Dia sendiri hairan kenapa orang cari dia. Sebab dia rasa sekejap sangat dia duduk di situ. Mula2 dia ternampak macam duit syiling berkilau2 ada banyak di tanah. Dia pun ikut le laluan yang ada duit2 syiling tu. Kemudian dia berhenti duduk di tepi sungai. Lepas tu dia ternampak orang2 dok cari dan panggil nama dia. Setelah orang jumpa dia, baru dia sedar yang dia dah hilang 3 hari. Padahal dia rasa baru sejam dua dia berjalan. Mengapa? Kerana Allah menguasai masa. Dia boleh memendekkan atau memanjangkannya mengikut kehendak-Nya. Allah menjadikan pelbagai alam yang berlainan tempoh masanya. Sebab itulah dikatakan sehari di alam akhirat ada yang seumpama 1000 tahun alam dunia.
Sama juga halnya dalam hal meninggal dunia khususnya ketika sakaratul maut – masa kita nak habis nyawa tu. Ada orang yang kita nampak dia mencungap2 beberapa saat sahaja. Nampak macam senang je mati dia. Tapi di sisi Allah Allah boleh panjangkan masa itu mengikut kehendak-Nya. Nampak nak lepas nyawa tu dalam 20-30 saat, tapi Allah boleh panjangkan jadi 2-3 jam, 2-3 hari dan sebagainya.
Itu yang kadang2 ada orang yang mudah mengambil keputusan untuk membunuh diri. Kerana mereka menyangkakan bahawa sakit nak mati itu sekejap. Bunuh diri lah senang. Cepat sikit mati. Awas! Jangan terpedaya. Kita yang jangka sakitnya sekejap, dan orang2 yang melihat juga memang nampak sekejap. Tapi Allah boleh panjangkan siksaan atau sakitnya itu mengikut kehendaknya. Sakit 2-3 saat boleh je Allah panjangkan jadi sakit berhari2. Jangan terpedaya.
Nikmat kubur dan azab kubur pun sama.
Nabi Muhammad SAW pergi sampai ke atas langit dan pulang semula dalam tak sampai 1 malam, kerana Allah yang menguasai masa. Maka hal tersebut bukan barang mustahil.
- Petikan nota daripada Ceramah Isra’ wal Mi’raaj oleh Paklong Abu Zulfiqar pada 16 Januari 2026
No comments:
Post a Comment