Sunday, January 4, 2026

Kelapangan Bukaan Alam Malakut

 

KELAPANGAN QALBU DAN BUKAAN ALAM MALAKUT

 

Imam al-Ghazali berkata : “Kelapangan dada orang2 ‘arif (ma’rifah) dan terbukanya keluasan alam malakut, seumpama sinar matahari yang menyuluh seluruh ufuk (sampai ke serata kaki langit). Manakala dada orang biasa seumpama sinar lampu yang menyuluh sudut tertentu di dalam rumah.”

 

Kelapangan dada orang2 arif seumpama kita tengok sekeliling alam ini pada waktu siang. Cahaya matahari menerangi seluruh kawasan sampai ke serata ufuk (kaki langit). Punyalah lapang. Seakan itulah lapangnya dada orang2 arifbillah.

 

Manakala keluasan dada orang2 biasa pula, lapangnya itu ibarat lampu zaman dahulu kala yang menerangi ruang dalam rumah. Da lapang juga tapi sekadar ruangan satu bilik. (Begitulah perumpamaannya untuk emnghamprikan kepada faham)

 

Tapi bagi orang2 yang matlamat mereka hanyalah : “Alah, asalkan ada cahaya jadilah.” Jenis orang2 macam ini kita tetap cuba bantu tapi tidak dapat banyak, kerana mereka sudah hadkan awal2 akan pencapaian maksima mereka.

 

Guru2 dan orang2 berilmu ni ibarat jurulatih sukan lari pecut 100 meter. Mereka nampak potensi kita lalu mereka hendak melatih kita sampai sampai jadi wakil negara masuk sukan Olimpik, bahkan nak masuk ke pusingan terakhir, bahkan nak sampai bawa balik pingat sekurang2nya pingat gangsa. Tapi kalau kita awal2 dah hadkan matlamat kita setakat : “Saya dapat jadi wakil negeri cukuplah.” Maka jurulatih tak dapat nak bantu banyak.

 

Dalam tarbiyah TST (tasawuf, sufi, tariqah) ini, kita nak melapangkan lagi kecerahan dada kita ini. Jadi, akan ada orang yang dadanya secerah dan selapang halaman rumah. Ada orang akan secerah dan selapang sebuah kampung, negeri benua dan sebagainya - mengikut maqam masing2.

 

Sama jugalah halnya dengan keluasan bukaan alam malakut. Bagi orang2 arif, alam malakut itu berpotensi terbuka seluas mata memandang. Bagi orang2 biasa, alam malakut itu berpotensi terbuka seluas ruang dalam rumah sahaja. Begitulah tamsilannya.

 

Kita nak usaha yang mana satu?

 

Umumnya, tiada berguru tiadalah belajar.

Tiada belajar, tiadalah tahu.

Tiada tahu, tiadalah faham.

Tiada faham, tiadalah sedar.

Tiada sedar, tiadalah tindakan lanjutan.

Tiada tindakan lanjutan, tiadalah pendapatan lanjutannya.

 

-          Catatan drpd Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-302 pada 3.1.26

No comments: