Bagaimanakah cara untuk mendapatkan ilmu terus daripada lauh mahfudz?
Antara usaha untuk mendapatkan ilham ini :
“Dan orang-orang yang berjuang dalam (urusan) Kami, nescaya akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami.” (Al-‘Ankabut : 69)
Kena jadi pejuang. Kena pejuangkan agama. Termasuklah kena perjuangkan ilmu2 dan amal2 ma’rifatullah.
“Barang siapa mengamalkan apa yang diketahuinya, nescaya dipusakakan oleh Allah kepadanya ilmu yang belum dketahuinya.”
Kena amalkan ilmu2 yang sudah dipelajari. Kena usaha buat, laksanakan, praktikkan, jalankan. Kadang2 kita ada banyak dah ilmu dalam bentuk maklumat, tapi kita malas atau lemah dalam nak menjadikan ilmu2 itu sebagai tindakan. Kita ada banyak maklumat tentang sunnah2 nabi, amalan2 zikrullah, sifat2 mahmudah dan mazmumah dsb, tapi kita tak amalkan. Maka kecillah peluang kita untuk dipusakakan oleh Allah akan ilmu2 yang belum kita ketahui. Macam yang kita bicarakan dalam kedua2 kuliah sebelum ini, biasanya yang membuatkan kita lambat atau tersekat dalam perjalanan keruhanian ini adalah kerana…tindakan kita sendiri.
“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia mengadakan bagi orang itu jalan keluar. Dan memberikan rezeki kepadanya dari (sumber) yang tidak pernah difikirkannya.” (At-Talaq : 2-3)
Kena bertaqwa kepada Allah. Insya-Allah dapatlah rezeki daripada sumber yang tidak terduga. Rezeki ini ada pelbagai jenis. Antaranya ialah ilmu, ma’rifah, musyahadah dll. Sumber tak terduga juga ada banyak sumber. Salah satunya ialah lauh mahfudz.
Nabi SAW berdoa untuk Ibnu ‘Abbas : “Allahumma! Faqihkanlah dia dalam ad-diin dan alimkanlah (ilmukanlah) dia dalam takwil.” (Ahmad, Ibnu Hibban, Al-Hakim).
Ini hadith yang kita kongsikan ketika kita membentangkan latar belakang Ibnu ‘Abbas dalam kuliah yang lalu.
Jadii, kita minta orang tolong doakan kita, terutamanya orang2 soleh, orang tua2, agar kita difaqihkan dalam agama dan diberi pengetahuan dalam takwil.
Kita sendiri pun kena banyak berdoa. Mohon kepada Allah.
Ditanyakan kepada sebahagian ulama tentang ilmu batin : “Apakah ilmu batin itu?”
Lalu ia menjawab : “Iaitu salah satu daripada rahsia (sirr) Allah Taala yang dicurahkan-Nya ke dalam qalbu kekasih2-Nya, yang tidak diperlihatkan-Nya kepada malaikat dan kepada manusia.”
Ringkas kata, ilmu batin ini ialah ilmu yang terus daripada Allah tanpa perantara. Ia sejenis llmu keruhanian.
Masalahnya, pengertian ilmu batin sudah lama terubah. Asalnya ilmu batin ialah ilmu keruhanian. Tetapi kemudian ia diubah maknanya kepada ilmu2 kesaktian atau ilmu2 yang mencarik adat.
Samalah halnya yang berlaku kepada ilmu ladunni. Asalnya ilmu ladunni ialah ilmu terus daripada Allah. Tetapi pada zaman ini ilmu ladunni diubah pengertiannya menjadi ilmu pukulan jarak jauh atau ilmu perisai jarak jauh.
Secara ringkasnya, antara usaha untuk mendapatkan ilham terus daripada lauh mahfudz :
i) Rajin2lah perjuangkan agama.
ii) Amalkan ilmu2 yang sudah diketahui selama ini.
iii) Kuatkan taqwa kepada Allah.
iv) Selalulah berdoa agar Allah kurniakan nur, faqihkan dalam agama, dan mahirkan dalam takwil.
v) Luruskan semula pemahaman tentang ilmu batin dan ilmu ladunni.
- Catatan drpd Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-302 pada 3.1.26
No comments:
Post a Comment