Sunday, January 4, 2026

Kegunaan Al-Furqan

 

“Wahai orang2 yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepada kamu al-furqaan (pembeza).” (Al-Anfal : 29)

 

Kata al-Imam al-Ghazali : “Ada yang mengatakan bahawa al-furqaan ialah NUUR yang membezakan antara yang benar dan yang batil, dan yang mengeluarkannya dari hal2 yang diragukan.”

 

Orang2 yang mendapat al-furqaan atau NUUR ini, insya-Allah mereka berpotensi dari segi selalu :

Dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah.

Dapat membezakan mana yang lebih benar dan mana yang kurang benar.

Dapat membezakan mana yang salah dan mana yang lebih salah.

Dapat membezakan mana orang ikhlas, mana yang kurang ikhlas, dan yang tidak ikhlas.

Dapat membezakan mana orang munafik dan mana yang tidak.

Dapat membezakan mana Allah mana makhluk.

Dapat membezakan mana wali Allah dan mana wali syaitan.

Dapat membezakan antara hembusan malaikat dan bisikan syaitan.

Dapat membezakan mana guru keruhanian yang banyak benar dan mana guru keruhanian yang banyak salah dan bermasalah.

 

Dalam sanad utama Tariqah Ghazaliyah, selepas Nabi Muhammad saw, siapa yang berada pada kedudukan kedua?

Huzaifah ibnu Yaman r.a.

 

Apakah antara kelebihan dan keunikan Huzaifah?

Dia yang paling ‘alim dalam mengenal orang2 munafik.

 

Ilmu dia turun tak melalui sanad ini? Turun.

Cuam rezeki kitalah sama ada dapat menguasainya atau tidak.

 

Sebab itulah Nabi SAW membanyakkan dalam doanya : “Allahumma! Anugerahilah daku nur, tambahilah aku nur, jadikanlah dalam hatiku nur, dalam kuburku nur, pada pedengaranku nur…. (sampai Nabi mengatakan).. pada rambutku nur, pada kulitku, pada dagingku, darahku dan tulang-belulangku.” (Bukhari, Muslim)

 

Sabda baginda SAW : “Takutilah firasat orang mumin. Maka sesungguhnya ia melihat dengan NUR Allah Taala.” (Turmizi)

 

-          Catatan drpd Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-302 pada 3.1.26

No comments: