Saturday, January 31, 2026

Pengijazahan Tarekat Ghazaliyah 1446 H/ 2026 M

 

Gambaran awal tentang majlis penerangan & pengijazahan Tariqah Ghazaliyah bagi tahun 1447/2026 ada dalam soal jawab di bawah ini :

 

PERTANYAAN : Assalamualaikum. Saya Xxxx dari Sg Buloh ingin memohon untuk menjadi anak murid dalam memahami dan mempelajari Tariqah al-Ghazaliyah. Saya juga ada mendengar kuliah2 serta membaca tulisan2 ustaz di FB. Nombor telefon ini saya dapat daripada sahabat saya Xxxxxxx d Senawang. Beliau juga merupakan anak murid ustaz. Oleh itu, saya memohon untuk berbaiah, mengambil zikir tariqah ini secara langsung supaya saya dapat mengamalkan zikir ini dengan lebih barokah.

 

Jika diizinkan saya ingin berjumpa secara fizikal agar dapat penerangan dan pengijazahan secara langsung. Saya berharap dapat menerima saya sebagai anak murid yang baharu. Salam ukhuwah daripada saya.

 

Ikhlas,

Xxxx Xxxx Xxxxxx

Sg. Buloh

Selangor (26/1/26)

 

JAWABAN : Waalaikumussalam Tuan Xxxx dari Sg Buloh.

1. Insya-Allah boleh. Cuma ada beberapa hal yang saya akan jelaskan di bawah nanti.

2. Terima kasih kerana mendengar kuliah dan membaca penulisan saya.

3. Ya, Tuan Xxxxxxx sudah lama belajar dan mengamalkan Tarekat Ghazaliyah.

.

 

Hal2 yang dimaksudkan :

1. Sebenarnya, mulai tahun 1447 H (penghujung Jun 2025), saya tidak lagi mengijazahkan Tarekat Ghazaliyah (sebagaimana pesanan dan petunjuk daripada allahyarham mursyid saya 27 tahun yang lalu).

2. Saya juga umumnya tidak lagi membuka pertemuan melainkan atas sebab2 keperluan yang mendesak.

3. Sejak tahun 2012, saya ada membuka pertemuan (termasuklah ziarah, penerangan Tariqah Ghazaliyah, ijazah & bai’ah) sebanyak 40 kali setahun. Selepas 10 tahun, saya sepatutnya tidak lagi membuka pertemuan dan tidak lagi mengijazahkan Tarekat Ghazaliyah. Namun disebabkan kita pernah melalui PKP, maka saya lajakkan sedikit sehingga ke tahun 2024 (pada tahun 2023 dibuka 6 atau 7 kali, manakala pada tahun 2024 dibuka 2 kali). Mulai tahun 2025, sekali sahaja dibuka dan saya masih mengijazahkan (mungkin) buat kali terakhir.

.

 

Maka bagi orang2 yang berminat untuk mendengar penerangan tentang Tarekat Ghazaliyah, diijazahkan dan/atau berbaiah, bolehlah mengikut panduan di bawah.

1. Jika mahu mengambil Tarekat Ghazaliyah daripada orang lama (berusia 40-an), bolehlah melalui wakil saya iaitu Tuan Abu Ihsan al-Ghazali di Jerantut, Pahang. Insya-Allah boleh pada bila2 masa tetapi mengikut kelapangan beliau. Tidak ada had dalam setahun. Penerangan dan pengijazahan akan dilaksanakan oleh beliau, dan bagi yang mahu, boleh berbai’ah kepada saya melalui beliau.

2. Jika yang jauh sedikit, boleh mengambil Tarekat Ghazaliyah melalui Ustadz Hasbullah al-Ghazali,  wakil saya di Sumatera, Indonesia.

3. Yang jauh lagi, melalui Tuan Abu Azri al-Ghazali, wakil saya di Filipina.

4. Yang mahu mengambil Tarekat Ghazaliyah daripada orang muda (20-an), bolehlah melalui wakil saya di Perak iaitu Ustaz Dzul a-Ghazali. Tapi pertemuan dengan Ustaz Dzul hanya dibuka setahun sekali sahaja. Untuk tahun 2026 ini belum dibuka lagi. Mungkin pada bulan Februari atau April nanti. Saya sendiri akan berikan penerangannya (mungkin buat kali terakhir), tapi pengijazahan dan bai’ah adalah melalui beliau. Mulai tahun 2027, saya tidak lagi bercadang memberi penerangan. Namun saya tetap akan terus memberikan tarbiyah berterusan mengikut kemampuan.

5. Sebenarnya Tarekat Ghazaliyah ini boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja yang berminat, termasuklah orang2 yang sudah bertarekat. Sesiapa yang dapat tahu akan ilmu2 dan amalan2nya dengan jelas, bolehlah terus diamalkan kerana tariqah ini memang sudah diniatkan siap2 oleh Imam al-Ghazali sebagai diijazahkan kepada seluruh umat. Cuma orang2 yang hendak diangkat sebagai mu’allim/ mursyid/ syaikh dsb sahaja yang dimestikan untuk diijazahkan secara berhadapan dan berbai’ah.

 

Begitulah penjelasannya.

 (27/1/26)

Friday, January 30, 2026

Buku ke-7 Siap

 Alhamdulillah. Pada hari ini Jumaat 11 Sya’ban 1447 (30 Januari 2026) selepas ‘ asar siaplah buku kecil sahaya iaitu Rimbunan Pesona Sidratul Muntaha – Pengembaraan Ajaib Rasulullah SAW. Karya ini merupakan buku yang ketujuh. Lima buku terawal adalah dalam bentuk buku fizikal manakala dua buku terbaru dalam bentuk PDF sahaja. Buku ke-7 ini nipis sahaja (62 muka surat) dan boleh dimuat turun / save secara percuma di channel TG : Ilmu2 Imam al-Ghazali t.me/imamalghazali

 

PENULISAN SEBELUM IINI :

Pada mulanya sahaya diminta menyampaikan sebuah ceramah tentang peristiwa isra’ wal mi’raj. Ceramah itu tidak dirakam. Kemudian beberapa nota ringkas daripada ceramah itu dikongsikan di media sosial. Hendak jadi cerita, setelah membaca sebahagian daripada nota2 ringkas itu, ada beberapa orang yang meminta agar dibuat ceramah ulangan secara live dan dirakam untuk dimuat naik kemudian.

 

Seminggu kemudian dibuatlah ulangan ceramah tersebut dalam satu majlis kecil dan pada masa yang sama dibuat secara live streaming serta dirakam. Majlis pun berjalanlah dengan lancar. Tetapi selepas itu apabila diperiksa semula rakamannya, ternyata tidak ada rakaman. Entahlah di mana silapnya – silap tekan butangkah, atau tidak tekan butangkah, atau terpadamkah, atau sebab2 yang lainkah, tidaklah dapat dipastikan.

 

Hendak jadi cerita lagi, ada orang2 yang tidak dapat hadir atau tidak sempat menonton live tempoh hari (kerana mereka mengharapkan agar dapat menonton rakamannya pada waktu berkelapangan) meminta agar diceramah ulang lagi dan dirakam. Rasanya kita tidak buat ulangan dah kot. Sesiapa yang tidak berkesempatan mengikutinya, anggap sahajalah tidak direzekikan oleh Allah buat masa ini tetapi mungkin akan direzekikan-Nya pada masa2 akan datang. Namun yang memujuk tetap ada.

 

Suatu ketika, datang ilham agar nota-nota ceramah itu disusun dan ditekskan agar mendekati isi penyampaian yakni kata-kata sahaya pada malam tersebut. Jadi, insya-Allah sahaya akan buat satu buku kecil dalam format PDF secara percuma untuk semua (sebagaimana buku ke-6 sebelum ini iaitu Merancang Rumahtangga Tasawuf & Berperjuangan Agama). Insya-Allah dalam dua tiga hari siaplah. Isnya-Allah tidak perlu diulang ceramah dan tidak akan hilang rakamannya. Cuma rakamanan kali ini hanyalah dalam bentuk teks, bukannya audio video.

 

25/1/26

 

 

Minum Madu tapi Makin Tidak Sihat?

 

Datang persoalan : Mengapa kami dah banyak minum madu (yang dalam negeri, yang luar negeri), tapi tak ada perubahan pun, tak bertambah baik pun kesihatan kami, yang bertambah teruk pun ada. Mengapa jadi macam tu? Tak berkesan ke sunnah Nabi ni?

 

Antara sebabnya, kerana yang kita ambil itu bukan madu asli, atau ia hanyalah campuran antara madu asli dengan bahan2 yang lain. Nak dapat madu yang benar2 asli, sangat susah. Banyak yang sudah dicampur dengan bahan2 lain untuk membanyakkan sukatannya. Jika dicampur dengan bahan2 yang selamat, tak pe lah jugak. Takut2 dicampur dengan bahan2 yang tak baik untuk tubuh badan kita.

 

Ada yang dicampur dengan gula dalam jumlah yang sangat banyak.

Ada yang dicampur dengan pemanis daripada bahan kimia tertentu.

Ada yang dicampur dengan bahan2 yang berbahaya pun.

Contohnya, saya pernah menonton satu video tangkapan oleh pihak berkuasa di Tanah Arab. Mereka serbu tempat pembuatan madu tiruan. Apa bahannya? Minyak hitam kenderaan yang sudah terpakai, ditapis dan dijernihkan kembali sehingga jadi cantik berwarna kuning madu, lalu dicampur dengan gula yang amat banyak dan bahan2 kimia yang lain. Inilah madu yang dijual oleh sebagian orang.

 

Madu2 tiruan sebegini, jika kita makan, daripada sihat2 boleh jadi tak sihat. Tiba2 kena kanser, kena penyakit ganjil, leaky gut (usus tembuk) dsb. Kalau asalnya memang kurang sihat, kita boleh jadi lebih mudarat, lebih tak sihat.

 

-          Petikan nota daripada Ceramah Isra’ wal Mi’raaj oleh Paklong Abu Zulfiqar pada 16 Januari 2026