Friday, February 4, 2022

Seronok Menipu Orang2 yang Mudah Tertipu

 

Dalam ajaran2 sesat, guru atau atasan mereka sangat banyak menipu. Lepas satu, satu...satu lagi...dan seterusnya. Lama-kelamaan jadi banyak, tetapi mereka masih terus menipu bertahun-tahun. Mengapa begitu?


Mereka akan terus menipu kerana orang2 bawahan mereka yang ditipu itu jenis mudah tertipu. Lagi mudah tertipu, lagi seronok dan lagi banyak kali mereka akan menipu. Jika semua anak murid jenis mengikuuuttt sahaja tanpa mahu mengkaji dan mempertimbang, itulah yang paling mereka suka.


Tetapi apabila terjumpa murid-murid yang sukar ditipu, maka penipuan mereka akan jadi kendur dan berkurangan.


Sebenarnya mereka tidak berapa bijak menipu pun, cuma orang2 bawahan mereka ramai jenis yang mudah-mudah ditipu. Murid-murid yang ditipu itu termasuklah golongan profesional, selebriti dan lulusan agama.


4/2/22

No comments: