Friday, February 11, 2022

Banyak Tabur Benih, Banyaklah Anak Pokoknya

 

Tempat yang banyak ditabur biji benih rumput, banyaklah tumbuh anak rumputnya. Tempat yang kurang ditabur, kuranglah anak rumputnya. Tiada yang pelik.


Kita lihat ladang sebelah, sangat kurang anak rumputnya...kerana tuannya sangat kurang tabur biji benih rumput. Tiadalah yang pelik.


Ladang kita pula, kita yang tabur banyak biji benih, kemudian kita sendiri yang buat2 terkejut melihat banyaknya anak benih rumput. Sebenarnya... kitalah yang pelik.


Nak banyak anak rumput, taburlah lagi. Banyaklah ia.

Tak mahu banyak anak rumput, janganlah tabur lagi. Kuranglah ia.


11/2/22

No comments: