Friday, February 18, 2022

Timur dan Barat Tiada Mendekat

 

Kami maksudkan "penciptaan" pada azali,

sedangkan yang engkau sampuk itu

ialah penciptaan selepasnya.


Kami bicara tentang "nur" sebelum makhluk dijadikan,

sedangkan yang engkau sampuk itu

ialah nur ketika dan selepas makhluk dijadikan.


Kami tujukan kepada "alam" sebelum kun,

sedangkan yang engkau tahu itu

ialah alam selepas fayakun.


Kami sentuh tentang "kitab" di sisi-Nya,

sedangkan yang engkau faham itu

ialah kitab yang di bawah 'Arasy-Nya.


Kami tafakur akan takdir yang tiada tersurat

sedangkan yang engkau sangkakan itu

ialah takdir yang berzat makhluk "papan tulis"nya.


Kami "menyaksikan" "nur", "merak", "permata",
telur" dan "mutiara",

sedangkan yang engkau saksikan itu pula

ialah nur, merak, permata, telur dan mutiara.


Kami berpegang pada "atas"

sedangkan yang engkau pegang itu pula

ialah : di atasnya.


Kami berkhabar tentang tentang akhir ad-diin dan kamal-ad-diin

sedangkan yang engkau khabarkan itu

ialah tentang awwal ad-diin (ma'rifatullah) duduknya.


Kami "melihat" awal "kejadian"nya syaitan

sedangkan yang engkau "lihat" itu

ialah awal kisah Iblis iaitu "keturunan"nya.


Kami "mendengar" alam "berbicara"

sedangkan yang engkau sangka-sangka itu

ialah benda-benda alam bercakap macam cakapnya manusia.


Baaaanyak lagi pertentangan antara timurnya kami

dan baratnya engkau di sana.

Sebab itulah wujud banyak sengketa,

lagi sudah lama memakan masa.


Kami tahu baratnya kalian

kerana kami juga berasal dari sana.

tetapi kalian tidak tahu timurnya kami

kerana kalian tidak pernah sampai ke sini.


Ada kala kami bicara tentang timur yang dekat.

Ada kala kami bicara tentang timur yang jauh.

Dan ada kala kami bicara tentang "timur"

yang tiada terpengaruh dengan dekat atau jauh,

malah tiada had, tepi, sempadan atau bersekat.


Untuk meredakannya mudah sahaja -

kalian cuma jangan menunjuk tahu

apabila orang2 timur sedang berbicara

tentang wilayah2 timur.

Jika mahu ambil tahu juga,

cukuplah sekadar ambil tahu

tanpa cuba memaham apa-apa.

Ketika kalian cuba memaham apa-apa itulah

akan tercetus fitnahnya.


Jika mahu lebih daripada itu

maka kenalah berguru kepada yang ahlinya,

bukan meminta kepada yang tiada ahli tertentu,

apatah lagi bertanya kepada yang memusuhinya.


Tiada tahu, jangan dibuat2 tahu.

Tiada faham, jangan disangka2 sudah faham.

Tiada "merasa", jangan rasa-rasa.

Tiada sampai, jangan didakwa ada mencapai.


Jika dicuba juga meluruskan sesuatu

yang kita tidak tahu, tiada ilmu dan tiada mampu,

ibrat tikus membaiki labu,

ibarat ketam yang cuba mengajar anaknya

berjalan lurus ke hadapan di atas batu-batu.

Akhirnya si ketam jadi tak menentu.

Anak2nya lebihlah "sesat" beribu batu.


Untuk tahu kena berguru.

Untuk dapat kena merendah.

Untuk maju kena bersungguh.

Untuk cemerlang kena ikhlas.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

11/2/22

No comments: