Wednesday, February 2, 2022

Letak Ruh, Qalbu dan Nafsu

 

PERSOALAN : Izinkan saya bertanya. Menurut Imam al Ghazali, di mana terletaknya roh, qalbu dan nafsu? Bila seseorang insan melakukan dosa, kotoran dosa itu terpalit pada jasad atau roh?


JAWAPAN : Kita pendekkan terus ke hujung cerita, kerana ceritanya sangat panjang dan ringkas kata - tidak berkesudahan.


Maka SEBENAR2 "letak" atau letak RUH itu tidaklah dapat kita ketahui kerana amat sedikit ehwal ruh yang diizinkan Allah untuk kita mengetahuinya. Yang TIDAK SEBENAR tetapi masih benar (tidaklah menjauhi yang sebenar cuma tidak tepat), yang itu banyaklah pandangan ulama tentangnya lagi pelbagai pandangan. Qalbu dan nafsu pula "terletak" pada RUH itu.


(Tentang dosa, ia tidak TERPALIT pada jasad atau ruh kerana dosa bukan sesuatu yang punya zat rupa, warna, atau bentuk. Maka mustahil berlaku TERPALIT padanya)


Dari satu sudut, dosa "TERPALIT" pada ruh.

Tetapi jika mahu dikaitkan perkataan "TERPALIT" itu dengan zat yang bakal menanggung akibat daripada dosa itu di akhirat nanti, maka boleh dikatakan dosa 'TERPALIT" juga pada jasad. Jika bukan itu yang dimaksudkan, maka dosa 'TERPALIT" pada ruh sahaja.


Januari 2022

No comments: