Sunday, February 6, 2022

Bilangan Pemandu Blackout Bertambah?

 

Ketika memandu, jika tiba2 terasa badan lain macam, atau nafas lain macam, atau pandangan lain macam, atau macam-macam... dengan segeralah ambil langkah berhentikan kenderaan di tempat yang terdekat yang sesuai. Jika diteruskan, kita bukan sahaja sedang merisikokan diri sendiri, tetapi juga sedang merisikokan orang-orang lain.


Dulu-dulu, jarang-jarang sangat kita dengar pemandu secara tiba-tiba "blackout" (ada yang buat sementara dan ada juga yang terus meninggal dunia ketika itu juga - biasanya dikaitkan dengan masalah jantung) lalu kenderaannya melanggar dan menyodok orang2 lain dan benda-benda di jalan raya dan sekitarnya. Tapi kini, dalam kalangan orang-orang yang kita kenal sahaja pun sudah banyak. Sekejap-sekejap ada sahaja berita. Seolah-olah ada musim pula. Yang selama hari ini diketahui sihat wal afiat pun tak kurang terlibat juga.


Yang sedang dalam perjalanan, usaha dan ikhtiarlah untuk berhenti. Yang dari rumah lagi sudah berasa semacam atau macam-macam, usaha dan ikhtiarlah untuk menangguhkan atau melewatkan pemanduan. Jika ada orang lain yang sihat untuk memandu, tukarlah pemandu.


Semalam sahabat2 berbual dan mengatakan yang sekarang ini jika keluar ke mana-mana dengan kenderaan pun sudah berasa sangat bimbang, tak macam sebelum2 ini. Ada betul juga kata-kata mereka tu.


Agaknya (sekadar agak2 le ni, bukan pasti), banyak kejadian kapal terbang dan helikopter terhempas di luar negara akhir-akhir ini itu pun berkaitan dengan masalah ini juga. Wallahua'lam.


5/2/22


No comments: