Wednesday, February 2, 2022

Geng Baju IU40

 

Kisah lebih kurang 4 tahun yang lalu... salah seorang murid sahaya dalam Tariqah Ghazaliyah ini bekerja di Kuala Lumpur. Dia hidup dalam satu persekitaran yang begitu mencabar. Jadi suatu hari sahaya pun sengaja mengusiknya dengan bertanya, "Tuan 'pakai baju' apa?" walaupun sahaya sendiri tiada sebarang "baju". Terus dijawabnya dengan yakin sekali, "Saya IU40 je ustaz!"


Sahaya pun terkejut dan kehairanan kerana belum pernah mendengar adanya nama perkumpulan yang sedemikian. Lalu sahaya pun bertanya, "Kumpulan apa tu?"


"Ihya Ulumuddin 40, ustaz."


Kami pun sama-samalah tertawa. Rupa-rupanya dia mengusik sahaya kembali. Maksudnya, dia tidaklah menganggotai sebarang perkumpulan "berbaju" tetapi hanya berpegang dengan ajaran kitab Ihya' 'Ulumuddin yang mana kitab Ihya' itu terdiri daripada 40 buah kitab di dalamnya. Kebetulan memang kitab induk Ihya' 'Ulumuddin ini adalah "pakaian" bagi para pengamal Tariqah Ghazaliyah.


1/2/22

No comments: