Monday, February 28, 2022

Prepping Itu Sunnah dan Terbukti Lagi

 

Kita sudah mula mendapat maklumbalas positif daripada beberapa orang mangsa banjir kali ini (di Pantai Timur pada penghujung Februari) yang ada mengikuti pengajian2 zaman akhir yang kita usahakan. Sangat jelas kepentingan prepping dan mereka sudah merasai serba-sedikit manfaatnya walaupun sedang ditimpa musibah.


Kali pertama dulu respon positif datang apabila harga barang2 naik sekitar September-November 2021.


Kali kedua masa musim banjir besar melanda hampir seluruh negara pada pertengahan Disember 2021 hinggalah awal Januari 2022.


Kali ketiga pula ketika kenaikan harga barang2 selepas musim banjir tersebut iaitu sekitar pertengahan Januari hinggalah sekarang.


Dan yang terkini, apabila berlaku banjir besar di Pantai Timur.


Walau apa pun pandangan negatif, remehan, penolakan, ejekan, sindiran dan sebagainya oleh sebahagian orang, tetapi bagi yang pernah jadi mangsa lalu dapat merasai manfaat prepping yang dibuat ketika kecemasan itu, tentunya lebih yakin bahawa prepping yang benar sebagaimana yang kita anjurkan itu sememangnya salah satu sunnah Rasulullah saw, sangat disuka Allah lagi berpahala.


Penulisan pertama sahaya tentang motivasi prepping tempoh hari boleh dibaca di sini http://alexanderwathern.blogspot.com/2022/02/penjelasan-tentang-prepping-bah-1.html. Bahagian keduanya belum sempat lagi disiapkan iaitu tentang pengalaman2 manfaat prepping oleh mangsa2 banjir Disember lalu. Dengan izin Allah, prepping memang sangat membantu mereka pada saat-saat kecemasan begitu.


Kali ini kita masih mengumpul dan menantikan lagi pengalaman2 tuan2 sepanjang kenaikan harga barang2 dan banjir terkini di Pantai Timur pula untuk kita kongsikan dengan umat.


Kita teruskan dengan pengajian bersanad tentang as-sa'ah - fardhu ke-4 dalam ad-diin yang berkaitan dengan zaman akhir, hari kehancuran dan sekitarnya dari sudut keimanan dan tindakan. Kuliah terkini insya-Allah dalam beberapa hari lagi, selepas sahaya selesaikan kuliah untuk pengajian kitab Ihya' 'Ulumuddin bagi Surau Sg Kerang dan Masjid PGA nanti.


28/2/22

No comments: