Tuesday, February 1, 2022

Pilih Guru Lautan Agama yang Kena dengan Ilmu yang Dicari

 

Mengadulah seorang hamba Allah yang sudah lama (bertahun2) belajar dengan Ustaz A dan Ustaz B (mereka memang banyak ilmu lagi masyhur) tetapi masih juga susah untuk mendapatkan khusyuk dalam solat. Ilmunya memang bertambah dengan baik, bahkan sudah boleh mengajarkan orang lain pula, tetapi khusyuk masih tiada (sangat kurang). Jadi, apa yang boleh dilakukannya untuk mendapatkan khusyuk?


Pandangan sahaya - Ustaz A dan Ustaz B memang popular dan berilmu tinggi dalam tiang al-islam. Saya sendiri pun ada membaca tulisan2 mereka dan menonton beberapa kuliah mereka untuk mengambil manfaat berkaitan al-islam.


Namun kita mesti beringat, bahwa dalam ad-diin ini ada 4 lautan iaitu lautan al-islam, al-iman, al-ihsan dan al-sa'ah (sebagaimana dalam kisah hadith Jibril). Lautan al-islam itu isinya ialah wilayah fiqh (fekah, hukum-hakam), usul fiqh, dan wilayah amal anggota badan, sedangkan hal ehwal khusyuk itu khsusunya bukan dalam wilayah anggota badan. Ia berada dalam lautan al-ihsan. Ringkas kata, kita tidak akan jumpa khusyuk di sana walau selama mana pun kita menuntut ilmu. Ibarat hendak menangkap ikan yu tetapi di hulu sungai. Memang ada banyak ikan di sana tetapi tiadalah ikan yu kerana itu bukan tempatnya.


Lautan ad-diin al-ihsan ini pula isinya berkaitan wilayah qalbu (jantung hati, jiwa, emosi, rasa, alami, tasawuf, sufi, tariqah, keRUHanian). Di sinilah tempat untuk mencari khusyuk. Ibaratnya, carilah ikan yu di laut. Mudah-mudahan dapatlah.


Mencari isi kandungan al-iman dalam lautan al-islam, mana kan dapat.

Mencari isi kandungan al-sa'ah dalam lautan al-iman, manakan dapat.


Setiap satu lautan itu ada ilmu khususnya, ahli-ahlinya, guru-gurunya, sanad-sanadnya.


Kesimpulannya, teruskan berguru dengan Ustaz A dan Ustaz B dan asatizah lain, tetapi carilah dan bergurulah dengan asatizah bahagian al-ihsan jika mahu mendapatkan khusyuk. Wallahua'lam.


30/1/22

No comments: