@ NOTA LIVE : KELEBIHAN BERAKHLAK BAIK
Sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Ahmad, Baihaqi)
Nabi SAW bersabda : “Yang paling berat yang diletakkan dalam timbangan pada Hari Qiamat ialah taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” (Abu Daud, Turmizi)
Orang berkata kepada Nabi SAW : “Ada wanita yang (rajin) berpuasa pada siang hari dan (rajin) mengerjakan solat malam tetapi akhlaknya buruk, dia suka menyakiti jiran-jirannya dengan lidahnya (kata-katanya).”
Nabi SAW menjawab : “Tidak ada kebajikan pada wanita itu. Dia termasuk isi naar (neraka).” (Ahmad, Al-Hakim)
Orang bertanya kepada Nabi SAW : “Ya Rasulullah! Orang beriman yang manakah yang paling utama imannya?”
Rasulullah SAW menjawab : “Yang terbagus akhlaknya.” (Abu Daud, Turmizi)
Nabi SAW bersabda : “Sesungguhnya engkau tidak mampu memberi kelapangan kepada manusia dengan hartamu, maka berilah kelapangan kepada mereka dengan kemanisan muka dan kebagusan akhlak.” (Al-Bazzar, Ath-Thabrani, Abu Yu’la dan lain-lain)
Anas bin Malik berkata : “Sesungguhnya seseorang itu akan sampai ke tingkat yang tertinggi di dalam jannah disebabkan kebagusan akhlaknya walaupun ia orang yang tidak banyak ibadahnya. Dan akan sampai ke tingkat yang paling rendah dalam neraka jahannam disebabkan oleh keburukan akhlaknya, walaupun ia seorang yang banyak ibadahnya.”
Al-Fudhail berkata : “Aku lebih suka ditemani oleh seorang yang kurang beribadah tetapi berakhlak baik, daripada ditemani oleh seorang yang banyak ibadahnya tetapi berakhlak buruk.”
Al-Junaid berkata : “Empat perkara yang mengangkat seorang hamba ke darjat yang paling tinggi walaupun amalan dan pengetahuannya sedikit iaitu lemah-lembut, rendah hati, murah hati dan bagus akhlaknya. Dan itulah kesempurnaan iman.”
Abu Bakar Al-Kattani berkata : “Tasawuf itu suatu akhlak. Sesiapa yang berlebih daripada engkau tentang akhlak, nescaya ia berlebih daripada engkau tentang tasawufnya.
…live streaming channel TG Ilmu2 Imam Al-Ghazali, 20.7.25
No comments:
Post a Comment