@@ Imam al-Ghazali meletakkan dalam Ihya’, bahawa Nabi SAW bersabda : “Kelebihan orang ‘alim (orang yang berilmu agama) berbanding orang ‘abid (orang yang banyak amal ibadahnya) adalah seperti kelebihan bulan purnama berbanding bintang-bintang lain.” (Abu Daud, Turmizi)
Kita selalu nampak pada malam bulan penuh betapa besarnya bulan dan betapa kuat cahayanya. Padahal bintang2 lagi banyak, tapi kelihatan kecil2 belaka dan lemah cahayanya. Jelaslah, sangat jauh berbeza maqam atau kedudukannya di sisi Allah. Itulah bandingan antara orang berilmu dan orang ahli ibadah (‘abid – orang2 yang kuat amal ibadah).
Kita nak jadi orang berilmu ke atau orang ‘abid? Kalau boleh nak dua2. Kita nak jadi orang ‘aim yang ‘abid, atau orang ‘abid yang ‘alim.
Kalau dibanding dengan orang2 biasa pula, lagilah jauh berbeza. Mungkinlah, sekadar mungkinlah – perbezaan orang berilmu dan orang biasa, seumpama matahari dan bintang2lah agaknya. Apabila matahari keluar, kadang2 sisa2 bulan masih boleh kelihatan. Tapi bintang2… langsung tak nampak dah.
Kita hidup di dunia ini, sepanjang hayat kita ini, takkanlah nak jadi orang biasa sahaja. Kita nak lah usaha juga untuk menjadi orang berilmu yang rajin beribadah, atau orang rajin beribadah yang berilmu.
Google Meet Al-Ghazaliyah 5 Julai 2025, Paklong Abu Zulfiqar al-Ghazali
No comments:
Post a Comment