Saturday, July 26, 2025

Live Streaming Atas Permintaan Orang2 Jauh

 

Selamat datang ke live streaming di channel TG Ilmu2 Imam al-Ghazali t/me/imamalghazali .

Sebenarnya channel ini kalau tak salah sudah ada sejak 2020. Tapi baru inilah kita buat live streaming.

 

Kita sudah jelaskan cara2 pemindahan ilmu :

i)                    Satu pihak baca, yang lain2 dengar sahaja.

ii)                  Secara bacaan dan disertai dengan sedikit penjelasan. (Jenis ini yang kita buat melalui live streaming di channel ini. Saya bacakan ringkasan kitab Ihya’, lalu saya beri sedikit penjelasan sekiranya ada keperluan)

iii)                Secara daurah. Biasanya 1-3 jam. Kita tak buat di sini.

iv)                Secara pengajian intensif. Biasanya 8 jam, sehari semalam, 2-3 hari.

v)                  Secara syarahan. Biasanya makan masa berhari2, berminggu2, berbulan2 , bertahun2.

Kelima2 cara ini memang kita ada buat. Tapi di sini kita cuma buat jenis yang kedua sahaja. Ringkas , mudah, dan rehat2 sahaja.

Walaupun sekadar perkongsian ringan, harapnya dapatlah memenuhi hajat orang2 jauh. Daripada tak ada langsung, lebih baiklah ada walaupun sedikit.

No comments: