Sunday, July 13, 2025

Kejar Ilmu Yang Tinggi2, Terlalai Yang Asas2

 

Kadang2, kita asyik beri tumpuan hendak mencapai hal yang jauh2, yang dalam, dan yang tinggi, lalu kita terlupa akan hal yang dekat2, yang asas2, dan yang rendah2 – termasuklah diri sahaya sendiri. Apabila amalan yang asas2 tidak kukuh, tapi kita berusaha juga hendak mendaki ke tempat yang tinggi2, maka akan berlaku perkara2 berikut :

i)        Sama ada kita akan terlambat sampai

ii)      Atau tak sampai2

iii)    Atau akan tersesat jalan, lalu sampai ke tempat lain yang bukan matlamat kita

iv)    Atau kita sampai, tapi ke tempat yang tidak setinggi mana pun. Padahal kita berpotensi untuk sampai lebih lagi.

v)      Atau kita sampai ke tempat tinggi, tapi dapat berada di sana sekejap sahaja/ Lepas itu kita kena turun balik, kena aberpath balik ke belakang.

vi)    Atau kita akan terjatuh lalu tercedera atau meninggal dunia.

 

Maka ada baiknya sesekali kita memeriksa semula tangga kayu atau tangga buluh tempat kita berpijak, atau memeriksa tiang2 rumah tempat kita buat binaan.

Hendak mengambil barang di atas almari, kerusi tempat kita berpijak kenalah kukuh. Hendak mengambil barang di atas bumbung, tangga tempat kita berpijak kenalah kuat.

Dalam kita bersibuk2 hendak mencapai hal yang tinggi2, kadang2 kita terabai hal2 yang rendah2, padahal hal2 itu amat penting.

 

Google Meet Al-Ghazaliyah 5 Julai 2025, Paklong Abu Zulfiqar al-Ghazali

No comments: