KEINDAHAN & KEUNTUNGAN MELAKSANAKAN SOLAT2 FARDHU SECARA BERJEMAAH (lelaki)
“Solat berjemaah itu melebihi solat sendirian dengan 27 darjat.” (Bukhari, Muslim) – Al-Ghazlai, Ihya’ ‘Ulumuddin
“Apabila seseorang itu telah berwudhuk dengan sempurna lalu menuju ke masjid dengan niat semata2 hendak solat, maka setiap langkahnya mendapat pahala dan menghapuskan satu dosa.” (Bukhari)
“Barang siapa yang berjalan ke masjid pada waktu pagi dan petang, maka Allah akan menyediakan baginya di dalam jannah satu rumah jamuan setiap kali dia pergi ke masjid.” (Bukhari, Muslim, Ahmad dll)
“Sesungguhnya aku bercadang untuk menyuruh seseorang menjadi imam (menggantikan aku) yang mengimami solat orang ramai, lalu aku sendiri pergi mencari orang-orang yang (sengaja) meninggalkan solat berjemaah lalu kubakar rumah-rumah mereka.” (Bukhari, Muslim)
Google Meet Al-Ghazaliyah 5 Julai 2025, Paklong Abu Zulfiqar al-Ghazali
No comments:
Post a Comment