Sunday, July 6, 2025

Keindahan dan Keuntungan Membaca Al-Quran

 

KEINDAHAN & KEUNTUNGAN MEMBANYAKKAN TILAWAH & TADABBUR AL-QURAN

 

“Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.” (Turmizi)

 

Kata Ibnu Mas’ud : “Bacalah Al-Quran. Sesungguhnya kamu diberikan pahala pada setiap huruf daripadanya dengan sepuluh kebaikan. Sesungguhnya aku tidak mengatakan satu huruf itu Alif lam mim tetapi alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf.” – Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulumuddin

 

Berkata Abu Hurairah : “Sesungguhnya rumah yang dibacakan Al-Quran padanya nescaya lapanglah penghuni rumah itu, banyaklah kebajikannya, datanglah kepadanya malaikat dan keluarlah daripadanya syaitan-syaitan. Dan sesungguhnya rumah yang tidak dibacakan Kitabullah Azza wa Jalla, nescaya sempitlah penghuni rumah itu, sedikitlah kebajikannya, keluarlah daripadanya malaikat dan datanglah padanya syaitan-syaitan.” – Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulumuddin

 

“Seorang mukmin yang membaca Al-Quran adalah seumpama buah limau yang mempunyai bau yang sedap dan rasa yang manis.” (Bukhari, Muslim dll)

 

“Yang paling baik dalam kalangan kamu ialah (mereka) yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.” (Bukhari, Muslim dll)

 

‘Seorang yang mahir dalam Al-Quran akan berada dalam kalangan para malaikat, yang mana para maikat itu merupakan para pencatat yang mulia dan benar. Manakala seorang yang tidak lancar dalam membaca al-Quran lalu terpaksa bertungkus-lumus mempelajarinya, akan mendapat ganjaran dua kali ganda.” (Buhari, Muslim dll)

 

“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”. (Muslim)

 

“Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berad di dam rumah2 kamu di dunia ini.” (Abu Daud, Turmizi)

 

Google Meet Al-Ghazaliyah 5 Julai 2025, Paklong Abu Zulfiqar al-Ghazali

No comments: