PERSOALAN : Ada orang2 yang solat2 fardhunya selesai, mereka rajin mengerjakan solat, tetapi perlakuan2 dan tindakan2 mereka banyak juga yang tidak baik. Ada pula orang2 yang solat2 fardhunya tidak selesai, tetapi perlakuan2 dan tindakan2 mereka umumnya baik2 belaka. Macam mana boleh jadi seperti itu?
JAWAPANNYA :
Allah SWT berfirman : “Bacalah serta ikutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) daripada Al-Quran, dan dirikanlah solat, sesungguhnya SOLAT ITU MENCEGAH DARIPADA YANG KEJI DAN YANG MUNGKAR; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar ; dan (ingatlah bahawa) Allah mengetahui akan apa yang engkau kerjakan.” (Al-‘Ankabut : 45)
Kita akan melihat dari kedua2 segi iaitu dari segi HAKIKAT dan dari segi SYARIAT.
PERTAMA : Bagi orang2 yang solat2 fardhunya selesai, mereka rajin mengerjakan solat, tetapi perlakuan2 dan tindakan2 mereka banyak juga yang tidak baik.
Dari segi HAKIKAT – Perlakuan mereka itu pada hakikatnya Allah yang punya kerja semua. Allah yang mahukan sebegitu. Itu wilayah kerja Dia. Kita tidak boleh persoal langsung melainkan kita kena terima 100%. Ada rahsia2 yang kita tidak tahu melainkan Allah sahaja yang tahu. Dan antara rahsia2 itu hanya akan terbuka pada Hari Akhirat – hari dibukakan rahsia2.
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman : “Demi sesungguhnya! Kamu di dunia dahulu berada dalam keadaan tidak sedar/ lalai tentang hal ini, maka kami hapuskan ketidaksedaran/ kelalaian yang menyelubungi kamu itu, lalu PANDANGAN pada hari ini (hari akhirat ini) MENJADI TAJAM (amat jelas).” (Qaaf : 22)
Jadi, kerja Allah itu wilayah hakikat, iaitu wilayah yang kita DIHARAMKAN BERSIBUK2. Allah ‘Azza wa Jalla berfirman (memberi amaran) :
Firman-Nya ‘Aza wa Jalla : “DIA (ALLAH) TIDAK DIPERSOAL tentang apa yang Dia lakukan (wilayah hakikat), tetapi merekalah (MANUSIALAH) YANG AKAN DIPERSOAL (tentang apa Makaang manusia itu lakukan iaitu wilayah syariat).” (Al-Anbiya’ : 23)
Maka kita kena bersibuk2 dengan wilayah syariat sahaja, sebab pasti/ gerenti akan dipersoal, ditanya dan diminta peranggungjawabannya di akhirat kelak.
Dari segi SYARIATNYA pula, perlakuan mereka jadi sebegitu antaranya :
1. Kerana pelaksanaan ibadah solat mereka BANYAK KELEMAHAN (rendah kualitinya). Sebab itulah solat mereka tidak dapat membantu mereka mengelakkan hal2 yang tidak baik. Jalan penyelesaiannya : Mereka kena berusaha mengkualitikan solat mereka. Tambah ilmu, tambah pemahaman tentang bacaan2, tambah kesedaran tentang apa yang dibaca, tambah kekhusyukan dsb.
2. Kerana solat mereka dibuat lebih kepada atas dasar DIPAKSA, atau dibuatnya kerana BERASA TERPAKSA (contohnya seperti takut dimarah orang, takut dipandang tidak baik, takut mendapat dosa, takut dimasukkan ke neraka dsb). Solat mereka bukan dibuat kerana memang mereka mahu, bukan kerana memang mereka suka, bukan kerana memang mereka mahu akan Allah, dan bukan kerana memang mereka cinta akan Allah.
3. Kerana PERGAULAN. Mereka banyak bergaul dengan orang2 yang macam itu, iaitu orang2 yang selesai solat2 fardhu tetapi… suka mengumpat, suka menipu, ada kepentingan2 peribadi, cintakan kemewahan, suka mencarut, pemalas, suka bercerita tentang hal yang lucah2, suka ambil bahan2 yang mengkhayalkan, cinta keduniaan, dsb. Maka mereka akan terdorong dan terlorong untuk terikut resmi atau budaya orang2 yang selalu mereka bergaul.
4. Kerana tidak seimbangkan keempat2 fardhu agama – al-islam, al-iman, al-ihsan, as-sa’ah. Atau lebih mudah kita faham sebagai fekah, aqidah, tasawuf, dan ilmu tentang zaman.
Majoriti orang tumpu belajar FEKAH (terutaamnya fekah berkaitan solat). Kelas2 pengajian ilmu2 fekah berlambak2.
Kelas2 belajar lebih lanjut tentang ilmu aqidah – kurang ada.
Kelas2 belajar lebih lanjut tentang ilmu tasawuf – lagi kurang.
Kelas2 belajar lebih lanjut tentang ilmu as-sa’ah – lagilah kurang.
Ramai orang yang rajin solat fardhu, tetapi bab aqidah, mereka sekadar tahu yang SANGAT ASAS. Padahal KELURUSAN SEMBAHAN dan KETEPATAN SEMBAHAN berada dalam ILMU AQIDAH, bukan dalam ilmu fekah. Macam manalah solat nak jadi berkualiti?
Ramai orang yang rajin solat fardhu, tapi bab tasawuf sangat lemah. Padahal KHUSYUK, KESUJUDAN QALBU dsb berada dalam TASAWUF, bukan dalam fekah. Macam manalah solat hendak berkualiti?
Oleh kerana umumnya mereka hanya berbekalkan ilmu fekah untuk melaksanakan solat2, sebab itulah solat2 mereka tidak dapat membantu menjauhkan mereka daripada melakukan hal2 yang tidak baik.
*Sedikit tentang ILMU PETANDA :
Dalam pengajian2 dan penulisan2 saya dalam 3 bulan yang lalu, saya selalu menyentuh tentang petanda amal2 Ramadhan kita. Agak2nya banyak manalah yang “terangkat” dan “setinggi” manalah terangkat? Antara petandanya - sebanyak mana kita dapat kekalkan amal2 Ramadhan kita yang lalu pada bulan2 selepas Ramadhan (selain solat terawih dan puasa fardhu), umumnya sehebat itulah amal2 Ramadhan kita diangkat oleh Allah. Jika kurang, ertinya kuranglah.
Sama juga dengan petanda dalam ibadah solat fardhu. Setakat manalah agaknya “terangkat”. “Setinggi” manalah agaknya “terangkat”? Antara petandanya - Sekuat mana kita dapat menjauhi amal2 yang tidak baik di luar waktu solat, sekualiti itulah ibadah solat kita. Jika kita masih melakukan banyak hal2 yang tidak baik dalam kehidupan sehari2 kita, ertinya kualiti ibadah solat kita masih amat rendah. Bukankah solat itu dapat menjauhkan daripada yang keji dan mungkar?
Sama juga petanda dalam tasawuf. Tasawuf ini umumnya ilmu untuk memperbaguskan adab dan akhlak. Umumnya jika kita hendak tahu sejauh mana segala ilmu tasawuf yang kita ada selama ini bermanfaat kepada kita atau tidak, lihat pada adab dan akhlak kita. Sebanyak mana bagusnya adab dan akhlak kita, sebanyak itulah ilmu tasawuf yang kita ada bermanfaat kepada kita.
Itulah serba-sedikit tentang ILMU PETANDA, salah satu ilmu petua orang2 sebelum kita.
KEDUA : Bagi orang2 yang solat2 fardhunya tidak selesai, tetapi perlakuan2 dan tindakan2 mereka umumnya baik2 belaka.
Dari segi HAKIKATNYA – semua yang berlaku adalah kerja Allah. Kita tidak bersibuk2 dalam bahagian itu melainkan kita terima dan mengimaninya sahaja dengan sepenuh jiwa. Pada hari akhirat nanti, barulah akan terbuka rahsia2nya oleh Allah.
Dari segi SYARIATNYA pula , mereka jadi begitu :
1. Kerana mereka sendiri berusaha hendak buat hal2 yang baik dan tidak mahu buat hal2 yang tidak baik. Tapi ini tidak bermakna kedudukan atau maqam mereka di sisi Allah lebih baik daripada orang2 yang solat tapi masih buat hal2 tidak baik.
Macamlah perbezaan antara orang2 Islam yang suka menipu dan mencuri berbanding para penyembah berhala, para penyembah syaitan, atau orang2 ateis/mulhid yang tidak menipu dan tidak mencuri. DI SISI ALLAH, orang Islam itu tetap lebih baik kedudukannya berbanding para penyembah berhala, para penyembah syaitan, atau orang2 ateis/mulhid.
Masuk Islam itu ibarat TIKET atau pas masuk. Jika tidak ada tiket, PENDEK KATA hal2 lain tidak diambil kira walaupun banyak yang bagus2. Ibadah solat itu juga ibarat tiket atau pas masuk. Jika tidak ada tiket, pendek kata hal2 lain tidak diambil kira walaupun banyak yang bagus2.
Macamlah kisah dua orang yang berjunub dan mereka wajib mandi wajib.
i) Orang pertama – Dia mandi wajib lalu buat solat fardhu. Tapi dia buat dua sahaja daripada lima. Memang amat rugi, tapi masih ada untung sikit.
ii) Orang kedua – Dia tidak mandi wajib tapi dia solat fardhu lengkap lima2 waktu, siap solat sunat, baca Quran dsb. Memang rugi, dan umumnya tidak ada untung langsung.
Dalam hal ini, mandi wajib itu seakan-akan TIKET atau pas. Jika tidak ada yang itu, habislah yang lain2 walaupun bagus.
Begitulah secara ringkasnya.
2. Kerana mereka tidak ada pemahaman tentang tiket atau pas tadi. Tidak faham itu kerana tidak belajar, atau ada belajar tetapi tidak mendapat pendedahan daripada si tukang ajar. Sekiranya mereka tahu, faham dan sedar, sudah tentu mereka akan mengutamakan untuk menyelesaikan solat2 fardhu, iaitu tiketnya.
Itulah antara penyebab2nya. Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment