KEINDAHAN & KEUNTUNGAN MEMBANYAKKAN SOLAT2 SUNAT
“Tiadalah seorang muslim bersujud kepada Allah dengan satu sujud melainkan diangkat oleh Allah satu tingkat dan dihapuskan daripadanya satu kejahatan dengan sujud itu.” (Muslim)
Seorang lelaki meminta kepada Rasulullah SAW : “Berdoalah kepada Allah agar dijadikan-Nya aku dalam kalangan orang-orang yang mendapat syafaatmu dan diberikan-Nya rezeki kepada aku dapat berteman denganmu di jannah.”
Maka jawab Nabi saw : “Bantulah (usaha) aku dengan membanyakkan sujud.” (Muslim)
Sebuah atsar mengatakan : “Tidak pernah dilihat Nabi SAW begitu mengambil berat berkaitan solat-solat sunat sebagaimana Baginda SAW mengambil berat tentang dua rakaat FAJAR”. (Bukhari)
“Dua rakaat FAJAR adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”. (Muslim)
“Sesiapa yang takut tidak terbangun pada saat akhir malam, dia hendaklah bersolat WITIR lebih awal, dan sesiapa yang bersungguh-sungguh untuk bangun pada akhir malam dia hendaklah bersolat witir pada akhir malam. Sesungguhnya solat pada akhir malam disaksikan (dihadiri oleh para malaikat) dan itu adalah yang afdhal”. (Muslim)
“Jadikan akhir solat (sunat) kalian pada waktu malam dengan melakukan solat sunat WITIR.” (Bukhari, Muslim)
“Solat WITIR merupakan satu kemestian ke atas setiap Muslim, sesiapa yang mahu solat witir secara lima rakaat, maka dia boleh lakukannya, siapa yang mahu melakukannya secara tiga rakaat maka lakukanlah, jika dia mahu secara satu rakaat maka lakukanlah.” (Abu Daud, An-Nasa’i)
Seorang sahabat Nabi saw mengatakan : “Kekasihku (iaitu Muhammad SAW) mengingatkanku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat DHUHA dan melakukan solat WITIR sebelum tidur”. (Bukhari)
“Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat DHUHA.” (Muslim)
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang DHUHAnya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Ibnu Majah, Turmizi)
Google Meet Al-Ghazaliyah 5 Julai 2025, Paklong Abu Zulfiqar al-Ghazali
No comments:
Post a Comment