Saturday, July 26, 2025

Cara Pemindahan Ilmu di Channel Telegram Al-Ghazali

 

Cara2 pemindahan ilmu :

1.      Melalui bacaan (sekadar baca). Satu pihak baca, pihak yang lain dengar/ tonton sahaja. Contoh : Dulu kita pernah buat bacaan kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin.

2.      Melalui bacaan dan ada sedikit penjelasan. Inilah yang kita buat di channel TG Ilmu2 Imam Al-Ghazali.

3.      Daurah. Biasanya 1-3 jam. Contoh : Kita pernah adakan daurah kitab Al-Munqiz min adh-Dhalal, daurah kitab Adab dan Akhlak Nabi, daurah Ilmu Alam Imam al-Ghazali.

4.      Pengajian intensif – Dalam masa 8 jam, sehari semalam, 2 hari, 3 hari. Contoh : kita pernah buat pengajian intensif Ilmu Aqidah IG (Risalah Qudsiyah), pengajian intensif Ilmu As-Sa’ah, pengajian intensif Ilmu Bahasa Halus Ahli2 Sufi.

5.      Syarahan – lama. Berhari2, berminggu2, berbulan2, bertahun2. Contoh : kKita adakan pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin (sudah 15 tahun), kitab Risalah Ladunniyah, kitab Kimiya’ us-Sa’adah, kitab Misykatul Anwar.

Semuanya ilmu2 Imam al-Ghazali.

 

Di channel Telehgam ILMU2 IMAM AL-GHAZALI t.me/imamalghazali ini, kita buat jenis yang nombor 2. Jadi, tak ada ilmu yang tinggi2, yang berat2, yang dalam2, yang jauh2. Itu semua tidak dibincangkan di sini. Kita kongsi pelajaran yang biasa2 dan yang sederhana sahaja. Santai2 sahaja. Rehat2 sahaja. Tenang2 sahaja.

No comments: