CARILAH BAHAGIA MELALUI JALAN2 YANG ALLAH REDHA
Apabila hati manusia tidak tenteram, manusia akan cuba cari penenang. Ada yang temui penenang melalui jalan yang mahmudah, dan ada yang temui penenang melalui jalan2 yang mazmumah.
Jika bernasib malang - mencari ketenangan, ketenteraman dan kebahagiaan melalui jalan2 yang mazmumah, maka di pertengahan jalan atau di hujung jalan akan berlaku macam2 perkara yang buruk, walaupun pada awal jalannya nampak berkesan dan nampak cantik.
Anda layak bahagia. Anda memang layak jadi hamba Allah yang bahagia, tetapi melalui jalan agama, yakni jalan yang diredhai oleh Allah. Jangan mencari jalan2 yang bukan jalan agama, jalan2 yang menyimpang, jalan2 yang tidak diredhai oleh Allah, jalan2 yang ditaja oleh musuh2 baik dari dalam atau dari luar umat Islam.
Hendak mendapatkan hati yang tenang, tenteram dan bahagia ini, tidak ada jalan lain melainkan dengan jalan agama. Itu secara umumnya. Secara khususnya pula, sudah tentulah melalui jalan al-ihsan/ tasawuf. Hal ini kerana hal ehwal hati qalbu ini berada dalam wilayah tasawuf. Jika kita cari melalui jalan2 lain, kita tidak akan terjumpa ketenangan dan kebahagiaan. Jika kita terasa macam dapat tenang dan bahagia pun, itu adalah ketenangan dan kebahagiaan palsu.
i) Ada penagih dadah berasa hidup mereka tenang dan bahagia dengan bahan2 tagihan mereka. Jalan mereka adalah alam khayal2an. Itu ketenangan dan kebahagiaan palsu.
ii) Ada orang2 mulhid/ateis yang berasa kehidupan mereka tanpa agama itu tenang lagi bahagia. Jalan mereka adalah kebebasan dan melayan hawa nafsu. Itu ketenangan dan kebahagian palsu.
iii) Ada penyembah2 berhala yang mempunyai perasaan yang sama. Jalan mereka adalah ketundukan kepada benda2 yang boleh dilihat dan dipegang. Mereka rasa tenang dan bahagia. Itu ketenangan dan kebahagian palsu.
iv) Ada orang2 yang ikut ajaran atau aliran2 yang bermasalah, mereka pun rasa dapat ketenangan dan kebahagiaan. Antara jalan mereka adalah kepuasan kehendak hawa nafsu khususnya seks.
Dan macam2 lagi lah jalan2 ketenangan dan kebahagiaan palsu.
Kitab hal ehwal hati, kitab soal hati, kitab masalah2 hati yang paling utama dan paling besar dalam agama Islam ini kitab apa? Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin (Imam al-Ghazali). Sepatutnya carilah ketenangan dan kebahagiaan melalui jalan ini, dan jalan2 yang seumpama dengannya.
Hendak mencari bahagia, jika tidak dapat kitab Ihya’, boleh guna kitab Kimiya ‘us-Sa’adah (Imam al-Ghazali) iaitu Kimiya’ Kebahagiaan atau Formula Kebahagiaan.
Anda layak bahagia melalui jalan2 yang Allah redha.
Google Meet Al-Ghazaliyah 12 Julai 2025, Paklong Abu Zulfiqar al-Ghazali
No comments:
Post a Comment