Sabda Nabi SAW : “Sesiapa yang membanyakkan istighfar, nescaya dijadikan oleh Allah baginya KELAPANGAN daripada segala kesusahan dan JALAN KELUAR daripada setiap kesempitan, dan dianugerahi-Nya REZEKI melalui jalan yang tidak disangkanya.” (Abu Dawud, An-Nasa’i)
“Sesungguhnya aku memohon ampun (beristighfar) kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari sebanyak 70 kali.” (Bukhari)
“Sesungguhnya kerinduan menutupi hatiku (rindu yang amat mendalam), sehingga aku memohon ampun (beristighfar) kepada Allah Taala setiap hari 100 kali.” (Muslim)
“Sesungguhnya Allah SWT meninggikan darjat hamba-Nya di dalam jannah. Maka hamba itu pun bertanya : “Bagaimanakah hal ini boleh berlaku kepada aku?” Maka Allah berfirman : “Dengan pembacaan istighfar anakmu untukmu.” (Ahmad, dengan isnad baik)
”Sesungguhnya seseorang hamba itu boleh tertahan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya.” (Ibnu Majah, Ahmad, Ibnu Hibban)
”Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah titik hitam di hatinya. Apabila dia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya.”(An-Nasa’i, Ibnu Majah, Turmizi, Ibnu Hibban).
Ibnu Shabih berkata,”Hasan al-Basri pernah didatangi seseorang dan mengadu bahawa ladangnya kering tandus, dia (Hasan) berkata, “Perbanyaklah istighfar”. Lalu ada orang lain yang mengadu bahawa kebunnya kering, dia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’. Lalu ada orang lain lagi yang mengadu bahawa dia belum punya anak, ia berkata,’Perbanyaklah istighfar’. (Kitab Fathul Bari: 11/98)
Google Meet Al-Ghazaliyah 5 Julai 2025, Paklong Abu Zulfiqar al-Ghazali
No comments:
Post a Comment