KEINDAHAN & KEUNTUNGAN MELAKSANAKAN SOLAT2 FARDHU
“Perumpamaan solat yang lima waktu itu adalah seumpama sebatang sungai yang tawar airnya di hadapan pintu seseorang daripada kamu. Dia mandi di sungai itu lima kali setiap hari. Apa pendapat kamu tentang orang itu, apakah masih ada kotoran pada badannya?”
Para sahabat menjawab : “Tidak ada sedikit pun.”
Lalu sabda Nabi saw : ‘Sesungguhnya solat (fardhu) yang lima itu menghapuskan dosa sebagaimana air menghapuskan kotoran.” (Muslim)
“Sesungguhnya solat-solat itu menghapuskan dosa yang terjadi antara solat-solat itu selagi bukan dosa besar.” (Muslim)
Tambahan :
“Sesungguhnya amalan pertama yang dihisab pada seseorang hamba pada hari kiamat adalah daripada amalan solatnya. Jika baik solatnya maka berbahagia dan berjayalah ia. Jika buruk solatnya maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya solat fardunya tidak sempurna, maka Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: “Periksalah, adakah hamba-Ku ini menunaikan solat-solat sunat untuk menampung kekurangan solat fardunya itu. Kemudian dihitung seperti ini jua pada amalan-amalan yang lain.” (Turmizi)
“Sesungguhnya amalan yang mula2 dihisab atas seseorang hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya baik solatnya maka baiklah segala amalannya, sekiranya buruk solatnya maka buruklah segala amalannya.” (Thabrani)
Google Meet Al-Ghazaliyah 5 Julai 2025, Paklong Abu Zulfiqar al-Ghazali
No comments:
Post a Comment