Sunday, July 6, 2025

Langkah2 Awal Bertarekat Ghazaliyah

 

Antara usaha2 AWAL yang bagus untuk dilakukan bagi orang2 yang mahu bermula dalam tariq ini (supaya lancar usaha2 seterusnya nanti) :

1.      Selalulah menyebut nama Rabb dan Ilah kita iaitu Allah. Sebut dengan rasa sayang. Lafazkan sama ada di mulut atau di hati (qalbu), atau pada kedua2nya sekali : “Allah. Allah. Allah…” Apabila teringat, sebutlah. Jika terlupa, tak mengapa.

 

2.      Berazam untuk berfikir yang soleh2, cakap yang soleh2, dan buat yang soleh2 sahaja pada setiap hari. Fikiran2 yang tidak baik, cakap2 yang tidak baik, dan perlakuan2 (gaya, perbuatan, tindakan, amalan) yang tidak baik – elakkan, jauhkan, tinggalkan.

 

3.      Kena banyakkan masa duduk2 dalam kalangan orang baik2, orang2 soleh2. Boleh sahaja teruskan duduk2 dengan orang2 biasa dan orang2 yang tidak soleh, cuma kurangkan kerana kita akan dipengaruhi suasana sekeliling. Dalam usaha untuk merawat dan menyembuhkan keimanan dan menyembuhkan hati qalbu, kita kena berjauh sebentar daripada sumber2 “penyakit”. Kita korbankan buat sementara waktu agar kita kembali sihat dan lebih sihat. Jika sukar untuk dapat selalu duduk2 dengan orang2 soleh, lebih baiklah duduk sahaja di rumah atau tempat2 lain yang sesuai untuk bersendirian.

 

4.      Usahakan untuk solat fardhu berjemaah, sekurang2nya di rumah. Jika dapat di masjid/ surau, itulah yang terbaik. Namun jika ada kekangan2 tertentu yang membuatkan tidak selalu dapat ke masjid/ surau, usahalah buat di rumah. Jika tiada orang lain atau susah untuk mendapatkan orang lain untuk sama2 berjemaah, maka buatlah solat fardhu bersendirian.

 

5.      Amalkan lafaz zikrullah harian Imam al-Ghazali atau nama lainnya lafaz zikrullah harian Tarekat Ghazaliyah. Dalam sehari lebih kurang 1000 kali sahaja. Tidak perlu dikira betul2 seribu, agak2 sahaja. Tidak semestinya 1000 kali, buatlah berapa kali yang sempat sahaja. Tidak semestinya sekaligus 1000 kali dalam satu masa, boleh disambung2. Contohnya pagi lebih kurang 200 kali, petang 300 kali, dan seterusnya. Boleh dilafazkan di mulut atau dilafazkan di hati qalbu sahaja. Amat mudah.

a.      Jumaat – Ya Allah

b.      Sabtu – La Ilahaillallah

c.       Ahad – Ya Hayyu. Ya Qayyum.

d.      Isnin – La haula wa la quwwataillabillah.

e.      Selasa – (Berselawat)

f.        Rabu – Astaghfirullahal ‘azim

g.      Khamis – Subhanallahil ‘azimi wabihamdih

 

6.      Usahakan agar setiap hari mesti buka dan baca Al-Quran (bagi yang mampu membaca), walaupun sekadar satu ayat. Bagi yang belum pandai membaca, cukup dengan memegang, membuka dan melihat isinya sepintas lalu – agar wujud hubungan kasih sayang dengan kitab Al-Quran, pada setiap hari. Jika mampu, dapatkan Al-Quran yang ada terjemahannya kerana ada banyak kegunaannya pada kemudian hari.

 

7.      Sekiranya Tarekat Ghazaliyah ada membuat program2 yang berkenaan, sama ada program secara bersemuka atau melalui internet, cubalah sertai.

 

8.      Usahalah untuk menjadikan diri kita contoh yang baik untuk orang2 yang dekat dengan kita. Walaupun hal ini akan memakan masa, tetapi kita mula buat sedikit demi sedikit. Sekiranya belum berjaya jadi contoh yang baik, sekurang2nya kita elakkan darpada terjadi contoh yang tidak baik.

 

9.      Ikhlaskan hati dan niatkan bahawa matlamat terawal belajar ilmu agama ini bukanlah untuk mengumpulkan banyak maklumat atau  untuk mendapat maklumat yang hebat2, tapi matlamat terawal adalah perubahan diri ke arah yang lebih baik.

 

10.  Selalu berdoa kepada Allah. Mohonlah apa2 hajat yang baik. Allah suka kita merendah diri dan memohon kepada-Nya. Jika dapat, buat solat sunat hajat setiap hari. Antaranya doa agar Allah mudahkan dan lancarkan pelajaran agama dna pengamalannya.

 

11.  Jangan ada perasaan dengki atau iri hati walau dengan sesiapa. Kita dapat kelebihan2 yang Alah beri, kita syukur. Orang2 lain dapat kelebihan yang Allah beri kepada mereka, kita syukur juga, kita turut rasa gembira juga. Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui mengapa rezeki sekian2 dianugerahkannya kepada kita, manakala rezeki sekian2 dianugarahkannya kepada orang2 lain pula. Rehat2, tenang2, rilekas sahaja.

 

12.  Elakkan malah jauhkan daripada bercerita tentang orang lain, kecuali ada hal2 bertaraf keperluan. Jangan padatkan otak dengan maklumat2 tentang orang lain dan hal ehwal mereka. Jangan berbual tentang aib orang. Elakkan gossip. Jauhi mengumpat. Insya-Allah akan terasa lapang, ringan kepala dan punya banyak masa.

 

Secara ringkasnya :

1.      Selalu sebut nama Allah.

2.      Tiap hari fikir yang baik2, cakap yang baik2, dan buat yang baik2 sahaja.

3.      Selalu duduk2 dalam kalangan orang2 soleh.

4.      Biasakan solat fardhu berjemaah.

5.      Amalkan Lafaz Zikrullah Harian Imam al-Ghazali

6.      Baca Al-Quran setiap hari.

7.      Rajin2 join program2 Tariqah Ghazaliyah.

8.      Jadilah contoh yang baik.

9.      Ikhlaskan hati, berniat usaha bertindak untuk segera berubah.

10.  Banyakkan berdoa.

11.  Jauhi dengki/ iri hati.

12.  Ringankan kepala – jangan banyak ambil tahu kisah2 orang lain.

 

290625 

 

No comments: