KEINDAHAN & KEUNTUNGAN MEMBANYAKKAN ZIKRULLAH
“Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah Allah sebanyak-banyaknya.” (Al-Ahzab : 41)
“(Iaitu) orang-orang beriman yang tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (zikrullah) hati menjadi tenang tenteram.” ( Ar-Ra’d : 28 ).
“Orang-orang yang ingat akan Allah ketika berdiri, duduk dan berbaring.” (Ali ‘Imran : 191)
“Apabila kamu sudah selesai mengerjakan solat, maka ingatlah Aku ketika berdiri, duduk dan berbaring.” (An-Nisa’ : 103)
“Sesungguhnya Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hambaKu. Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku.” (Bukhari, Muslim, Ahmad, Turmizi, An-Nasa’i)
“Perbandingan antara orang yang berzikir (ingat akan Allah) dengan orang yang tidak berzikir (tidak ingat akan Allah) adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir (tidak ingat akan Allah) adalah seperti orang mati.” ( (Bukhari, Muslim)
“Dan ingatlah Tuhanmu dalam qalbumu dengan rasa rendah diri dan takut, dan bukannya dengan suara yang keras, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau termasuk ke dalam golongan orang-orang yang lalai.” (Al-A’raf : 205)
Rasulullah SAW bersabda : “Tujuh golongan yang dinaungi Allah pada hari yang tiada naungan selain naungannya …. (salah satunya ialah) orang yang ingat akan Allah di tempat yang sunyi lalu berlinanglah air matanya kerana takut akan Allah.” (Bukhari, Muslim)
“Apakah tidak aku beritahu kepada kamu akan amalan yang baik dan lebih suci pada Tuhanmu, yang lebih tinggi pada darjatmu, dan yang lebih baik bagi kamu daripada memberikan perak dan emas, dan lebih baik bagi kamu daripada menjumpai musuhmu lalu kamu pukul lehernya dan dipukulnya lehermu?”
Para sahabat menjawab : “Apakah amalan itu wahai Rasululah?”
Nabi SAW menjawab : “Berkekalan mengingati akan Allah ‘Azza wa Jalla (berzikrullah).” (Turmizi, Ibnu Majah, Al-Hakim)
“Berfirman Allah ‘Azza wa Jalla : “Sesiapa yang menghabiskan waktunya berzikir kepada Aku tanpa meminta kepada Aku, nescaya Aku berikan kepadanya yang lebih utama daripada apa yang Aku berikan kepada orang-orang yang meminta.” (Bukhari, Baihaqi)
Google Meet Al-Ghazaliyah 5 Julai 2025, Paklong Abu Zulfiqar al-Ghazali
No comments:
Post a Comment