Sunday, July 13, 2025

Keindahan dan Keuntungan Mengamalkan Sunnah2 Rasulullah

 

KEINDAHAN & KEUNTUNGAN MENGAMALKAN SUNNAH2 RASULULLAH

 

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu uswatun hasanah (contoh yang baik) untuk kamu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan Allah dan hari akhir serta dia banyak mengingati Allah.” (Al-Ahzaab : 21)

 

“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah daripada sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun". (Ibnu Majah)

 

Rasulullah ﷺ telah berkata kepadaku (Anas bin Malik) :

"Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku) dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia menyukai aku, dan barangsiapa yang menyukai aku, dia akan berada dengan aku di dalam jannah." (Turmizi)

 

"Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada umatku, maka baginya pahala yang mati syahid". (Riwayat Thabrani dan Abu Nua’im, manakala dalam riwayat Baihaqi dikatakan pahalanya 100 orang syuhada’)

 

"Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia daripada golonganku." (Muslim)

 

Google Meet Al-Ghazaliyah 12 Julai 2025, Paklong Abu Zulfiqar al-Ghazali

No comments: