Insya-Allah penyakit2 boleh disembuhkan
jika dirawat seawal2 kena.
Jika sudah lambat?
Insya-Allah boleh dikurangkan mudaratnya.
(Tak mustahil juga boleh sembuh)
Jika sudah lama sangat?
Mungkinlah tidak dapat mengubah apa2
tetapi usaha dan ikhtiar kita itu
tetap Allah suka dan mendapat pahala.
(Tak mustahil juga boleh kurang mudaratnya)
(Tak mustahil juga boleh sembuh)
Kita berdoa, usaha dan ikhtiar dengan gigih,
serta terus harapkan keajaiban
daripada-Nya.
Dulu mungkin kita tidak tahu
tapi sekarang mungkin sudah ada tahu.
Dulu mungkin kita tiada faham
tetapi kini mungkin sudah ada faham.
Dulu mungkin kita tiada sedar
tapi kini Allah sudah beri sedar.
Dulu mungkin kita ada silap
tapi kini sudah ada benar.
Dulu mungkin kita tak mahu ikut
tapi kini mula mahu ikut usaha dan ikhtiar.
Dulu kita mungkin nampak satu jalan
tapi kini mungkin sudah menyaksikan beberapa pilihan.
Dulu mungkin kita berasa cukup dengan diam dan menunggu
tapi kini mungkin kita sudah terbuka hati untuk bertindak.
Semoga Allah mudahkan segala urusan
seluruh umat.
Cintai diri, cintai ummah.
9/12/22
No comments:
Post a Comment