Friday, December 9, 2022

Sahabat Karib

Pada zaman kanak-kanak (lelaki) dulu, apabila kita menjadi sahabat karib kepada seseorang, biasanya :

- kita ada tahu rahsia dia, dia juga ada tahu rahsia kita

- rasa kasih sayang kita kepadanya lebih kuat berbanding dengan kawan-kawan lain

- sehari tak bertemu sangat gelisah rasanya

- jika berlaku sesuatu yang menggembirakan kepadanya, kita turut berasa gembira, seolah-olah berlaku kepada kita juga

- jiak berlaku sesuatu yang mendukacitakan kepadanya, kita turut berdukacita, seolah-olah berlaku kepada kita juga

- kita pernah bersama-sama bermain, mandi sungai/lombong, merapak-rapak ke dalam hutan, tidur, mandi hujan, makan sehidang, panjat pokok, tangkap ikan di parit,

- kita pernah bergaduh dan pernah bertumbuk dengannya

- kita pernah merajuk dan memujuk dengannya (*berjinak hati)

- kita sanggup mempertahankannya jika dia diganggu

- ada isyarat-isyarat tertentu dengannya yang saling difahami

- jika kita dalam kesusahan, dialah tempat pertama kita mengadu


Jika tiada banyak daripada hal-hal yang disebutkan ini, biasanya tidak kariblah namanya.


6/12/22

No comments: