Sunday, December 4, 2022

Hormati Syarat Pihak Lelaki atau Wanita

 

Apabila pihak wanita atau pihak lelaki mensyaratkan hal2 tertentu atas faktor keselamatan untuk hari2 mendatang (asalkan tidak bertentangan dengan ajaran Islam), kita kena akur. Jangan kita kata terus pakai serah kepada Allah sahaja kerana di samping berserah kepada Allah, sebagai ASWJ, mereka juga berpegang dengan perintah Allah iaitu dengan mengadakan usaha dan ikhtiar mereka. Jika kita tidak setuju dengan syarat2 tersebut, kita usaha dan ikhtiarlah mencari calon yang lain pula. Kita jangan menidakkan usaha dan ikhtiar orang lain. Mereka sekadar menurut perintah Allah. Baik atau buruk, berjaya atau tidak usaha dan ikhtiar mereka itu, hanya Allah yang menentukan. Mereka pun faham akan hal itu. Namun usaha dan ikhtiar mereka tetap disukai oleh Allah dan mendapat pahala di sisi-Nya, insya-Allah.


Pada bulan Oktober tahun lalu (2021), saya sudah mengagak hal sebegini akan berlaku dan mula menyuarakannya. Dan pada bulan Disember 2021 itu memang sudah ada berlaku. Ia semakin meningkat sehinggalah sekarang.


30/10/2022

No comments: