Apa yang kita dapat buat di dunia ini, hasilnya di akhirat nanti semuanya akan dibalas berlipat kali ganda.
Sesiapa yang di dunia buat kebaikan, akan dibalas kebaikan di sana berkali-kali ganda.
Sesiapa yang di dunia ini buat keburukan, akan dibalas keburukan di sana berkali-kali ganda.
Hal ini kerana semua yang berkait dengan dunia adalah kecil, sempit lagi sedikit. Apa sahaja yang berkait dengan akhirat adalah besar, luas dan banyak.
Allah Taala berfirman : “Dan sesungguhnya kampung akhirat itulah kehidupan yang sebenar, jika mereka mengetahui.” (Al-‘Ankabut : 64)
26/12/22
No comments:
Post a Comment