1. Dalam mereka setiap hari berdakwah dan berusaha untuk perbaiki kesilapan dan kelemahan pun, bukan main banyak masalah lagi di sekeliling kita. Bayangkan jika ahli2 dakwah ini berhenti daripada berdakwah. Agak2 berapa kali gandakah lagi masalahnya?
2. Jika belajar agama dan berjuang itu banyak rehat2, seronok2 dan hibur2, Rasullullah dan para sahabatlah yang paling banyak rehat2, seronok2 dan hibur2. Tapi... ternyata merekalah orang yang paling sibuk dan paling banyak berkorban.
3. Hidup ikut sebenar2 aturan agama memang ada susah. Para nabi yg paling ikut agama kan diuji dgn yg susah2? Kau teruslah bertabah.
4. Dah belajar tasawuf, semua kita sayang. Harimau, buaya, beruang pun kita sayang. Tapi oleh kerana ada kemudratan yang besar jika kita mendekat, maka kita kena jauhkan diri. Kadang2 begitu jugalah dengan sebahagian manusia.
5. Sememangnya kita kena SANGAT CERMAT dalam menisbahkan sesuatu kepada Rasulullah saw kerana mungkin penisbahan itu tidak betul adanya.
6. Kadang-kadang orang meletakkan engkau di sesuatu kedudukan bukan kerana engkau layak tetapi kerana mereka mahu mendiamkan engkau daripada berkata-kata dan bertindak. Kesempatan itu pun mereka gunakan untuk mencapai kepentingan-kepentingan mereka. Apabila mereka sudah mencapai matlamat, engkau pun tidak diperlukan lagi.
7. Kambing hitam yang sudah tersedar akan statusnya sebagai kambing hitam yang berisiko untuk disembelih, akan berusaha sedaya-upaya untuk menyelmatkan dirinya walaupun dengan cara mengorbankan kambing2 putih yang lain. Yang penting, dirinya terselamat.
8. Yang berilmu akhir zaman biasanya akan bertenang. Yang berilmu zaman akhir biasanya akan berjuang.
9. Dulu2 jika musuh nak kalahkan kita, mereka sorok strategi. Kini mereka pamer strategi kerana dah tentu kita tak akan percaya.
10. Para wali itu ada yang masyhur di bumi & masyhur di langit. Ada yang tak masyhur di bumi tapi masyhur di langit.
No comments:
Post a Comment