Sunday, December 18, 2022

Semua Muslim Akan Sokong Al-Mahdi?

 

Persoalan : Saya nak tanya satu soalan yang sering berlegar2 dalam pemikiran saya. Betul ke nanti kalau Imam Mahdi dah keluar, semua orang Islam akan mengikutinya tapi semua orang kafir akan menentangnya?


Jawapan : Sefaham saya, antara yang menentang Al-Mahdi itu nanti termasuklah sebahagian orang yang mengakui dirinya beragama Islam. Dan antara pendukung Mr D itu juga termasuklah sebahagian orang yang mengakui dirinya beragama Islam.


Begitu jugalah sebaliknya. Antara yang menyokong Al-Mahdi itu nanti ialah sebahagian daripada orang bukan Islam. Dan antara penentang Mr D itu juga nanti termasuklah sebahagian orang yang mengakui dirinya tidak beragama Islam.


Samalah halnya dalam sejarah Kerajaan Seljuk, Ayyubiah, Uthmaniyah, Murabitun dan lain-lain. Ada sahaja pihak beragama Islam yang menyokong tentera Salib, dan ada sahaja pihak bukan Islam yang menentang tentera Salib.


Begitulah contoh yang pernah diberikan oleh guru saya dulu. Katanya sejarah biasanya berulang-ulang. Wallahu'alam.


18/12/22

No comments: