Sunday, December 4, 2022

3 Mimpi akan Tokoh2 Agama

 

Soalan : Saya kerap mimpi (pada) bulan Ramadhan. Terjaga dalam pukul 4-5 pagi. Antara mimpi (itu ialah) saya bertemu TG Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari. Syeikh Nuruddin peluk saya dan bagitau Imam Mahdi hampir dizahirkan dan Syeikh Nuruddin kenal siapa Imam Mahdi. Lepas tu Syeikh Nuruddin tunjuk ke satu arah (yang ada) seorang yang berjubah putih sedang memandang ke arah lain. Syeikh Nuruddin kata itulah Imam Mahdi.


Jawapannya : Mimpi ini bermaksud pada sekitar waktu tuan bermimpi itu, contohnya pada bulan itu, atau dalam 2-3 bulan itu, atau tahun itu, Syeikh Nuruddin ada melakukan/ melaksanakan/ membuat/ menjayakan/ memutuskan sesuatu hal yang sangat penting dan hal itu adalah tepat walaupun hal yang dilakukan itu lain daripada yang lain, atau kelihatan asing, atau pelik pada pandangan orang lain. Saya tidak tahu apakah hal tersebut tetapi tuan boleh cuba mencari2 maklumat tentangnya berdasarkan tarikh, bulan atau tahun tuan bermimpi itu. Perbuatan dipeluk itu menunjukkan tuan memang ada mengambil manfaat (ilmu) daripada Syeikh Nuruddin dan akan terus mendapatkannya.


Soalan : TG Syeikh Zainul Asri datang peluk saya dan bagitau Kiamat sangat dekat.


Jawapan : Mimpi ini bermaksud dalam hati tuan ada berharap akan panduan2 daripada Syeikh Zainul Asri dalam melalui zaman akhir ini. Perbuatan dipeluk itu menunjukkan tuan memang ada mengambil manfaat (ilmu) daripada Syeikh Zainul Asri dan akan terus mendapatkannya.


Soalan : Berlaku banjir dan tsunami besar di Malaysia. Waktu itu saya, TG Syeikh Zainul Asri dan Syeikh Wan Izzuddin selamat.


Jawapan : Mimpi yang ini saya tak berjaya mendapatkan maksudnya.


Wallahua'lam.

No comments: