Pertarungan antara t-rex adalah untuk merebut wilayah perburuan. Ada t-rex yang hitam gelap, ada yang berbelang bertompok macam cicak, ada yang kemerah-merahan, ada yang kecoklatan, dan sebagainya. Makanan mereka ialah daging.
Oleh itu mereka tak akan perjuangkan banyaknya pokok buluh bagi panda, semut bagi tenggiling, madu bagi rerama, ulat bagi beburung, ikan bagi memerang, kawanan rusa bagi singa, buah-buahan bagi kera, ayam bagi biawak, tikus bagi kucing, plankton bagi ikan, dan sebagainya. Tetapi banyak haiwan yang turut berjuang bersama2 mereka kerana mereka percaya kata-kata para t-rex yang kononnya benar2 memperjuangkan kepentingan2 mereka. Padahal umumnya dunia t-rex tidak mengenal itu semua dan tidak ada kepentingannya pun bagi t-rex. T-rex hanya mahukan kawasan perburuan yang luas lagi selesa serta haiwan2 berdaging yang besar sebagai makanannya.
Namun sukar bagi t-rex untuk bertarung bersendirian dengan t-rex-trex lain. Maka dibuatkanlah pasukan masing2 lalu diajaknyalah haiwan2 lain turut berjuang bersama-sama dengannya. Untuk mendapatkan perhatian haiwan2 lain, maka setiap t-rex pun menslogankan hal-hal yang menjadi kepentingan bagi haiwan2 tersebut.
Majoriti kawanan rerama akan bersama-sama t-rex hitam gelap kerana tema perjuangannya ialah membanyakkan pokok bunga dan menghapuskan pokok sayur .
Majoriti kawanan siput pula akan bersama-sama t-rex belang tompok kerana tema perjuangannya ialah membanyakkan pokok sayur-sayuran dan menghapuskan pokok bunga.
Majoriti kawanan biawak akan bersama-sama t-rex merah kerana tema perjuangannya ialah membanyakkan ayam dan telur ayam. Maka akan hidup, kenyang dan banyaklah bangsa biawak.
Majoriti kawanan ayam pula akan bersama-sama t-rex coklat kerana tema perjuangannya ialah menghapuskan biawak dan membanyakkan cacing. Maka akan terselamatlah bangsa ayam dan berkembang biaklah mereka.
Mereka tidak sedar bahawa jika dalam keadaan terdesak, t-rex tanpa segan silu akan membaham para pendukungnya sendiri sekalipun hanya sebesar memerang, kera dan ayam.
Diam-diam di sebalik pokok dan belukar, kelihatan kelibat para velociraptor. Mereka yang punya kecerdasan lagi jarang terlihat itulah sebenarnya yang melorongkan para t-rex berbuat demikian. Hal ini kerana jika berjaya t-rex mereka, turut luas dan selesalah kawasan perburuan mereka serta banyaklah makanan mereka.
28/11/22
No comments:
Post a Comment